link : Kebakaran Apartmen Cetus Panik Di London
Kebakaran Apartmen Cetus Panik Di London
KEBAKARAN besar di Menara Grenfell di Jalan Latimer berdekatan Notting Hill, Barat London mencetuskan suasana panik kerana dikhuatiri terdapat penghuni yang terperangkap di kediaman mereka.
Dalam kejadian awal pagi Rabu, sekurang-kurangnya 200 anggota bomba dengan 40 jentera dikerahkan ke bangunan 24 tingkat yang menempatkan apartmen itu, lapor theguardian.com.
Pasukan penyelamat menerima pangilan kecemasan pada jam 1.15 pagi (waktu tempatan).
Menurut bomba, kebakaran itu dipercayai mula tercetus di tingkat dua banguan sebelum merebak ke tingkat atas.
Saksi kejadian turut mendengar jeritan meminta pertolongan daripada penghuni yang terperangkap dalam bangunan yang menempatkan 120 unit apartmen itu.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, dua orang dirawat di lokasi kerana terhidu asap dan kawasan kejadian telah ditutup.
Katanya, penghuni di bangunan bersebelahan menara itu turut dipindahkan dan jalan termasuk di Westway turut ditutup.
Sementara itu, pengacara program Amazing Spaces yang tinggal berdekatan lokasi kejadian berkata, dia sedang tidur pada waktu itu sebelum terdengar bunyi penggera amaran.
“Saya kemudiannya terus bangun dan berlari ke bawah menggunakan tangga. Mulanya saya sangka ia hanya penggera kereta sebelum ternampak cahaya kebarakan di luar bangunan.
“Saya sendiri diselubungi abu yang terhasil dari kebakaran itu. Saya berada pada jarak 100 meter dari lokasi kejadian dan say diselubungi abu,” katanya.
Banguan menara terbabit dibina pada 1970an di mana ia merupakan sebahagian daripada projek pemaju hartanah Lancaster West. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Kebakaran Apartmen Cetus Panik Di London
Anda sekarang membaca artikel Kebakaran Apartmen Cetus Panik Di London dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kebakaran-apartmen-cetus-panik-di-london.html