KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM?

KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM?
link : KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM?

Baca juga


KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM?

Kalau dibaca dari kenyataan Muhyiddin seperti yang dilaporkan, seolah-olah tindakan oleh pihak yang melarang agihan kurma oleh DAP seperti tidak berasas. Ya, tidak dinafikan, video tersebut berjaya menyerlahkan watak kasar pemprotes, namun apa yang dilakukan oleh pihak tersebut sebenarnya mempunyai kisah tersendiri.

Pada 2007, Bandar Kluang dikejutkan dengan cadangan oleh pimpinan DAP yang mahu kawasan bazaar Ramadhan dipindahkan ke kawasan lain. Sekian lama menjadi tapak pencarian rezeki dengan lokasi strategik, cadangan tersebut telah mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga bazaar. Beberapa rayuan telah diajukan kepada menteri besar ketika itu, Tan Sri Ghani Othman.

Kejadian baru-baru ini bukanlah yang pertama, kerana beberapa tahun lalu, insiden yang hampir serupa juga berlaku. Berdasarkan insiden sebelumnya, urusetia bazaar telah pun menasihati DAP agar mencari lokasi lain bagi tujuan edaran. Ternyata, kedegilan mereka seolah-olah ingin mencabar peniaga-peniaga yang masih terkesan dengan perancangan terdahulu DAP.

Jadi, siapa sebenarnya yang sengaja ingin mencetuskan provokasi dengan tidak mengendahkan sensitiviti peniaga?

Luka mungkin sembuh, namun parutnya kekal sehingga hari ini. Begitulah apa yang ada di hati sanubari peniaga-peniaga bazaar Ramadhan di Kluang, yang akhirnya konsisten memilih untuk tidak mengalu-alukan kehadiran DAP di situ, seperti yang diterjemahkan baru-baru ini.

Tanyalah orang Kluang, tentu mereka tahu akan kisah yang mencetuskan panik apabila DAP bercadang untuk mengalihkan lokasi bazaar tersebut.

Tahniah kepada DAP, yang tidak putus asa untuk sering melakonkan watak suci, dan boleh diterima tanpa was-was, sedangkan perancangan mereka adalah sebaliknya.

Tahniah sekali lagi kepada DAP, kerana kali ini, watak sang penyokong didokong oleh Muhyiddin Yassin, yang terkenal dengan ungkapan “I am Malay first, but being Malay doesn’t mean I am not Malaysian,”.

Jika tindakan tersebut didakwa tidak memaparkan sifat-sifat mulia Islam, Muhyiddin perlu pula melihat penerimaan umat Islam dalam aktiviti yang serupa oleh pimpinan dari komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, myPPP dan lain-lain.

Mengapa tidak seperti apa yang berlaku di Kluang? Tepuk dada, tanya iman.


Demikianlah Artikel KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM?

Sekianlah artikel KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KECAM INSIDEN DI KLUANG, APA YANG MUHYIDDIN FAHAM? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kecam-insiden-di-kluang-apa-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :