Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan

Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan
link : Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan

Baca juga


Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan

KLUANG: Susulan insiden membabitkan wakil rakyat DAP, Liew Chin Tong, di sebuah bazar Ramadan di Kluang, polis hari ini menahan dua individu termasuk seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai imam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kluang ACP Mohamad Laham berkata kedua-dua mereka ditahan selepas tampil ke balai bagi memberi keterangan.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan tanpa senjata dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan polis.

Jelas Mohamad, pihaknya akan turut memanggil pihak pengadu, termasuk Ahli Parlimen Kluang itu, dalam masa terdekat.

Rakaman kekecohan di bazar Ramadan itu tular di media sosial dan mengundang kritikan netizen apabila dua lelaki itu dilihat menghalau dan memaki hamun Liew dan pasukannya yang datang untuk mengedarkan buah kurma percuma.

Melahirkan kekesalan, Liew dilaporkan berkata, pihaknya amat sedih dengan apa yang berlaku, sambil menambah, bulan Ramadan yang mulia tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran.

Berikutan insiden itu, beliau bersama pembantu khasnya, Sheikh Umar Bagharib Ali serta Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kluang, Radzali Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Kluang.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan

Sekianlah artikel Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kecoh-di-bazar-ramadan-imam-antara-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :