Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi

Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi
link : Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi

Baca juga


Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dekat Gelang Patah, di sini.

Mohamed Khaled berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi memastikan sama ada kejadian terbabit merupakan jenayah terancang, kecuaian atau sebagainya.

“Kejadian sebegini boleh menjejaskan reputasi pelabuhan-pelabuhan di negeri ini iaitu tiga pelabuhan yang kini dalam usaha untuk dijadikan pusat logistik serantau.

“PTP merupakan pelabuhan keenam terbesar dari segi kargo berbanding tempat lain. Jadi, apa yang berlaku tidak boleh diambil mudah tetapi perlu perhatian serius. Soal-soal sebegini, kalau disebabkan oleh kekurangan, kelemahan dan sebagainya, ia tidak baik kepada kita (kerajaan negeri),” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata demikian sebagai mengulas kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di PTP baru-baru ini seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata barangan yang diletakkan di dalam sebuah kontena tiba dari Australia pada bulan lepas dan sepatutnya dihantar ke Belanda melalui negeri ini, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabkan ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan barangan berteknologi tinggi itu sudah dibawa keluar secara rahsia dari negara ini menggunakan kapal lain untuk dihantar ke Belanda bagi mengelakkan sebarang masalah. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi

Sekianlah artikel Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kehilangan Peralatan Radar Ketenteraan Di PTP Boleh Jejas Reputasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kehilangan-peralatan-radar-ketenteraan_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :