Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya

Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya
link : Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya

Baca juga


Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya

HARI Raya Aidilfitri seakan suram dan tidak meriah tanpa nyalaan cahaya pelita yang menerangi halaman rumah masyarakat yang merayakannya.

Tradisi menyalakan pelita seakan-akan menjadi sesuatu yang wajib bagi musim perayaan ini malah ia seolah menjadi salah satu budaya.

Bermula daripada pelita tradisi yang diperbuat menggunakan buluh hinggalah pelita terkini yang kebanyakannya diperbuat daripada plastik, ia melalui perubahan mengikut zaman.

Bagi mengekalkan kemeriahan memasang pelita di ambang Syawal, Pertandingan Pelita Raya diadakan saban tahun di negeri Terengganu.

Pelbagai kategori dipertandingkan termasuklah kategori rekabentuk serta kreativiti konsep kitar semula yang menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan pelita.

Ini merupakan sebagai satu usaha untuk mengekalkan tradisi pelita raya bagi memeriahkan lagi malam-malam terakhir Ramadan sebelum bulan keberkatan ini melabuhkan tirai.

Namun tanpa pertandingan itu sekalipun, kebanyakan kampung tradisional di negeri ini masih lagi terus mengekalkan tradisi kemeriahan Ramadan ini.

Jadi tidak hairanlah jika anda melalui jalan utama sepanjang koridor timur di negeri Terengganu pada musim perayaan ini, anda pastinya teruja kerana bertemankan cahaya pelita sepanjang perjalanan.

Daripada pelita tradisi yang diperbuat daripada buluh, pelita kitar semula yang diperbuat daripada botol atau tin terpakai dan pelita moden yang rata-ratanya diperbuat daripada plastik semuanya memberi satu fungsi yang sama, untuk menerangi kegelapan dan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri.

Apa yang penting ialah, masyarakat perlu terus mengekalkan tradisi turun temurun ini agar ia tidak lenyap sebagaimana yang berlaku kepada kad ucapan Hari Raya! – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya

Sekianlah artikel Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kekalkan-warisan-tradisi-pelita-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :