Kembalikan Syawalku sarat pengajaran

Kembalikan Syawalku sarat pengajaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kembalikan Syawalku sarat pengajaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kembalikan Syawalku sarat pengajaran
link : Kembalikan Syawalku sarat pengajaran

Baca juga


Kembalikan Syawalku sarat pengajaran

JIKA sesetengah produksi berlumba-lumba mendapatkan khidmat pelakon baru dan popular, namun lain pula dengan produksi ini yang mahukan pelakon lama membintangi telefilem mereka.

Jelas penerbit Arie Zaharie yang juga pemilik Arie Zaharie Production, pihaknya bertuah kerana dapat menggandingkan barisan pelakon veteran hebat iaitu Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Sabri Yunus menerusi telefilem Kembalikan Syawalku.

Lakonan mantap mereka ini dilengkapkan lagi dengan penampilan pelakon muda seperti Syafie Naswip dan Sharifah Amani.

Istimewanya telefilem ini, buat pertama kalinya Fatimah digandingkan bersama Fauziah dan anaknya, Amani.

“Saya bersyukur kerana ketiga-tiga pelakon veteran bersetuju bekerjasama menjayakan telefilem ini.

“Walaupun menggandingkan hero dan heroin veteran, saya percaya dengan kekuatan jalan cerita dan lakonan mantap, mereka mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata,” katanya.

Telefilem arahan Pitt Hanif ini bakal bersiaran pada malam raya, 24 Jun, jam 9 malam di Saluran Astro Citra dan Mustika HD.

Sementara itu, Pitt Hanif yang dihubungi Media Hiburan menyifatkan, perjalanan telefilem ini disusun secara straight forward.

“90 peratus latar cerita telefilem ini adalah di kawasan hospital, di mana kita menjalani penggambaran 100 peratus di Batu Gajah, Perak.

“Saya bertuah kerana dapat barisan pemain yang besar, yang tahu tugas mereka dan sebabkan 90 peratus perjalanan cerita dalam hospital, kalau tak betul, ia boleh jadi cerita membosankan,” katanya.

Tambah Pitt Hanif, dia juga  beruntung kerana pihak penerbit memberi kebebasan kepadanya memilih pelakon dan mendapat  apa yang dimahukan.

“Untuk pengetahuan, Fatimah dan Sabri tidak pernah bergandingan di layar perak, kaca TV mahupun atas pentas, begitu juga dengan Fatimah dan Fauziah. Ini adalah karya pertama mereka bergandingan.

“Walaupun gabung lama dan baru, tapi mereka tahu kerja masing-masing dan saling memberi. Justeru hasilnya juga sangat memuaskan hati,” katanya.

Pitt Hanif berkata, apa yang diharapkan, telefilem ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Di sebalik sesuatu kesusahan yang dilalui, ada orang yang lebih susah daripada kita dan jagalah ibu bapa anda sebaiknya, sementara mereka masih ada,” akhirinya.

Sinopsis

Telefilem ini mengisahkan Aishah atau Mak Chah (Fauziah) dan Latifah atau Mak Pah (Fatimah) yang berkenalan dan bersembang tentang diri masing-masing selepas bertemu di hospital. Sekelip mata, hubungan mereka menjadi rapat.

Kedua-duanya melalui masa sukar apabila anak Mak Chah terlibat kemalangan sehingga menyebabkan dia kehilangan kaki, manakala suami Mak Pah pula terjatuh dari pokok.

Suasana raya buat mereka juga pasti berlainan kerana kedua-dua mereka kehilangan keupayaan.

Bagaimana nasib kedua-dua mereka seterusnya dan bagaimana  perjalanan kisah Mak Chah dan Mak Pah? Saksikan telefilem ini.

The post Kembalikan Syawalku sarat pengajaran appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kembalikan Syawalku sarat pengajaran

Sekianlah artikel Kembalikan Syawalku sarat pengajaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kembalikan Syawalku sarat pengajaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kembalikan-syawalku-sarat-pengajaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :