link : Kenapa Lelaki Pendek Menjadi Pilihan Wanita? Ini 5 Sebab Kenapa Wanita Pilih Lelaki Pendek
Kenapa Lelaki Pendek Menjadi Pilihan Wanita? Ini 5 Sebab Kenapa Wanita Pilih Lelaki Pendek
Kadang-kadang tengok kawan-kawan yang sudah menjalinkan hubungan cinta bersama pasangan mereka membuatkan kamu cemburu kerana rasa tidak sempurna seperti tidak cantik, tinggi, menawan, sado dan pendek.
Tetapi kamu harus tahu sesetengah wanita suka akan lelaki pendek jika kamu tahu cara untuk membuat mereka cair. Jom ikut lima cara mudah untuk memikat wanita bagi lelaki pendek.
1. SUKA BUAT KEJUTAN
Sesetengah lelaki pendek juga kacak, malah majoritinya suka membuat kejutan terhadap pasangan mereka ketika bercinta.
Lihat saja pelakon seperti Tom Cruise, beliau sudahlah kacak dan pendek tetapi penuh dengan kejutan dan sikap romantis yang membuatkan ramai wanita ingin mendapatkan cintanya.
2. LEBIH POSITIF
Satu kelebihan lelaki pendek ialah keyakinan diri yang tinggi. Mereka tahu ‘kerendahan’ fizikal yang dimiliki tidak menghalang untuk menjadi orang yang berjaya, malah menjadikan mereka lebih bersemangat untuk buktikan kepada orang lain tentang keupayaan yang dimiliki.
Lagi satu, lelaki pendek ini pantang dicabar. Wanita-wanita sekarang memang sukakan lelaki yang penuh keyakinan dan berjuang untuk mendapatkan apa yang dimahukan.
3. SUKA BERGURAU
Rupa paras kacak semata-mata belum menjamin kamu dapat awek persis Gisele Bundchen. Di samping rupa dan sikap bertanggungjawab, wanita sekarang mahukan lelaki yang dapat menceriakan hidup mereka setiap masa.
Inilah kelebihan yang dimiliki lelaki pendek yang kebanyakannya memang pandai berlawak. Lelaki yang pandai berlawak memang mudah didekati ramai wanita.
Tak percaya? cuba tengok awek atau isteri pelawak-pelawak di Malaysia. Majoriti semuanya cun-cun!
4. HIDUP DUA TAHUN LEBIH LAMA
Berdasarkan kajian terhadap 500 lelaki yang lahir di antara 1866 hingga 1915 di Pulau Sardinia, Itali, secara purata lelaki dalam kategori pendek hidup 2 tahun lebih lama daripada lelaki biasa.
Hasil kajian ini menyamai keputusan 12 kajian yang dilakukan sebelumnya.
Malah, mengikut statistik, majoriti lelaki di Pulau Sardinia ini dikatakan hidup lebih lama berbanding lelaki di negara-negara Eropah lain.
Kajian tentang tempoh usia lelaki ini dilakukan oleh profesor Poulain dari Belgium dan Doktor Salaris dari Universiti of Cagliari di Itali.
Walaubagaimanapun ajal maut ketentuan tuhan.
5. SETIA & PENYAYANG
Hanya kerana tahu dirinya tidak cukup tinggi, lelaki pendek sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding lelaki lain.
Apabila bercakap tentang hubungan cinta, lelaki pendek akan berusaha keras untuk membahagiakan pasangannya dan menjadi setia sampai bila-bila.
Sumber: Remaja
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kenapa Lelaki Pendek Menjadi Pilihan Wanita? Ini 5 Sebab Kenapa Wanita Pilih Lelaki Pendek
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Lelaki Pendek Menjadi Pilihan Wanita? Ini 5 Sebab Kenapa Wanita Pilih Lelaki Pendek dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kenapa-lelaki-pendek-menjadi-pilihan.html