Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula

Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula
link : Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula

Baca juga


Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula

loading…
loading…
Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula
Puasa di perantauan sememangnya menguji kesabaran terutama pada musim panas kerana perlu berpuasa selama lebih 20 jam. 
Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula

Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula

Bayangkan tempoh kurang empat jam antara waktu berbuka puasa dan sahur, kekenyangan semasa berbuka masih tidak hilang.

Begitulah dugaan yang dihadapi Azwa Abdul Aziz, pelajar tahun dua Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Aberdeen, Scotland.Katanya, Aberdeen bukan sahaja antara bandar paling utara di Scotland, malah kedudukannya yang menghadap Laut Utara menyebabkan waktu berpuasa lebih panjang berbanding tempat-tempat lain di United Kingdom (UK).

 “Waktu yang tidak sampai empat jam membuatkan ramai yang mengambil makanan ringkas sewaktu bersahur kerana masih kekenyangan,” kata Azwa yang berkongsi pengalaman berbuka puasa di Pusat Islam dan Masjid Aberdeen (AMIC).

 Menurut Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini, berbuka puasa di AMIC menjadi rutin komuniti Melayu di sana kurang 100 orang setiap kali Ramadan.

Mengalas perut dengan memakan buah-buah sebaik sahaja azan Maghrib menandakan waktu berbuka puasa.
Berkongsi pengalaman, katanya, juadah adalah hasil sumbangan komuniti Islam di sana dan kebiasaannya nasi arab menjadi menu utama.
Tambah Azwa, mereka mengambil buahan-buahan seperti kurma, tembikai, epal dan pisang sebagai alas perut semasa azan Maghrib menandakan waktu berbuka puasa.
“Selepas solat Maghrib, kebiasaannya komuniti Melayu berkumpul bersama di satu ruang dan berkongsi juadah tambahan masing-masing.
“Penyeri utama sudah tentu sambal belacan yang biasanya dibekalkan isteri saya setiap kali berbuka di masjid, umpama pelengkap kepada makanan-makanan luar yang kurang pedas,” katanya sambil menambah bahawa telur asin, murtabak dan kuih cara antara juadah tambahan yang dibawa.
Azwa berkata, terdapat juga komuniti Islam dari negara lain yang mencuba masakan tradisional Melayu seperti sambal belacan walaupun pedas.
Katanya, masakan tradisional membangkitkan kerinduan pada kampung halaman di Malaysia namun diubati dengan nikmat Ramadan dan suasana berbuka puasa bersama perantau lain.
“Ternyata Islam menyatukan seluruh manusia tanpa mengira asal usul dan bangsa. Ini dapat dilihat sewaktu berbuka, kami bersama dengan komuniti muslim lain makan di dalam satu bulatan.
“Panggilan ‘brother’ dan ‘sister’ sesama muslim adalah lumrah untuk menunjukkan betapa erat ikatan agama menjadi sebuah keluarga besar.
“Tidak dinafikan sukar menunaikan ibadah di negara bukan Islam. Tapi ia membuatkan kami lebih menghargai nikmat menjadi seorang Muslim,” ujar Azwa.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula

Sekianlah artikel Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyang berbuka pun tak hilang lagi, dah nak sahur pula dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kenyang-berbuka-pun-tak-hilang-lagi-dah_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :