link : Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee
Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee
MELAKA – Kerajaan Melaka mengesahkan tidak pernah menerima permohonan penganjur bagi melaksanakan Perhimpunan Jubli Jerusalem yang dikaitkan dengan gerakan Yahudi di negeri ini.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, sehubungan itu tidak ada sebarang kelulusan pernah diberikan kepada pihak penganjur dan perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar peraturan sekiranya ia tetap diadakan.
“Di peringkat kerajaan negeri, kita menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan ini dan tidak mahu ia dijadikan acara di Melaka,” kata beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita.
Idris menegaskan perkara tersebut selepas menghadiri Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Kompleks Seri Negeri, di sini pada Isnin.
Semalam, tersebar tular satu risalah penganjuran program himpunan Jubli Jerusalem menerusi media sosial yang dirancang bakal diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan.
Jerusalem’s Jubilee ialah acara sambutan kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam perang enam hari pada 1967 dan sempena tahun ke-50 itu, ia diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kerajaan-melaka-tolak-keras-acara.html