link : Kesan 18 Kes Peniaga Tak Letak Tanda Harga
Kesan 18 Kes Peniaga Tak Letak Tanda Harga
KUANTAN – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri berjaya mengesan 18 kes peniaga yang tidak meletakkan tanda harga dalam Op Ekspo Ramadan malam tadi melibatkan nilai rampasan sebanyak RM11,500.
Timbalan Pengarah KPDNKK Alwi Abdul Hamid berkata kesalahan berkenaan dikesan hasil pemeriksaan terhadap 238 gerai di tapak Ekspo Ramadan Stadium Darul Makmur dalam operasi yang bermula pada pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.
“Sebanyak 238 gerai di ekspo ini telah diperiksa dan daripada jumlah itu kita telah berjaya mengesan sebanyak 18 kes di bawah Perkara 3(1) Akta Kawalan Harga (penandaan harga oleh penjual runcit) 1993 iaitu kesalahan tidak meletakkan tanda harga.
“Kesemuanya melibatkan peniaga yang menjual pakaian dan berikutan itu kompaun telah dikenakan melibatkan jumlah sebanyak RM3,700,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi berkenaan di sini malam tadi.
Bagaimanapun katanya jumlah kesalahan yang dicatatkan itu berkurangan berbanding lebih 40 kes pada musim perayaan yang sama tahun lepas.
Dalam masa yang sama, katanya KPDNKK negeri akan setiasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa di kawasan-kawasan ekspo jualan di negeri ini untuk memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim perayaan ini. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Kesan 18 Kes Peniaga Tak Letak Tanda Harga
Anda sekarang membaca artikel Kesan 18 Kes Peniaga Tak Letak Tanda Harga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kesan-18-kes-peniaga-tak-letak-tanda.html