link : Keserasian Serta Elemen Romantis Yang Sudah Ada Buatkan Proses Rakaman Lagu Duet Kami Berjalan Lancar Fazura
Keserasian Serta Elemen Romantis Yang Sudah Ada Buatkan Proses Rakaman Lagu Duet Kami Berjalan Lancar Fazura
Sudah mempunyai keserasian dan elemen romantis sejak mula menjalani penggambaran drama Hero Seorang Cinderella, aktres Fazura mengakui ia membantu beliau dan Fattah Amin untuk lebih menghayati lagu duet mereka untuk ost drama berkenaan. Malah, proses rakaman lagu tersebut berjudul Cinderella yang dicipta oleh Aizat Amdan serta Mel Ramlan berjalan dengan lancar.
Keserasian dan elemen romantis itu sudah dicipta dalam set. Sewaktu ke studio untuk merakamkan lagu itu pun, kami datang dari lokasi penggambaran. Jadi, masing-masing sememangnya masih dalam karakter dan ia memudahkan kami untuk menghayati lagu itu dengan baik.
Aizat selaku komposer sedikit sebanyak turut membantu memberikan bimbingan bagaimana mahu meluahkan emosi dengan berkesan ketika rakaman dilakukan.
Dalam pada itu, Fazura juga mengakui beliau dan Fattah sudah bersedia untuk menyanyikan lagu berkenaan dalam mana-mana pertandinga jika ia dicalonkan.
Sumber Berita : BH ONLINE
Sumber: Beautifulnara
Demikianlah Artikel Keserasian Serta Elemen Romantis Yang Sudah Ada Buatkan Proses Rakaman Lagu Duet Kami Berjalan Lancar Fazura
Anda sekarang membaca artikel Keserasian Serta Elemen Romantis Yang Sudah Ada Buatkan Proses Rakaman Lagu Duet Kami Berjalan Lancar Fazura dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/keserasian-serta-elemen-romantis-yang.html