Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali...

Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali...
link : Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali...

Baca juga


Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan rasa kesal berikutan kejadian kesilapan penyerahan mayat di Hospital Kajang, kepada salah sebuah rumah kebajikan untuk urusan pengebumian pada 3 Jun 2017.

Menurut, Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini.

“KKM berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital kerana sememangnya pihak hospital dan Unit Forensik sudahpun mempunyai garis panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine; di mana ianya telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terlibat yang telah tidak mematuhi garis panduan serta SOP ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, satu jenazah yang dipercayai seorang lelaki mualaf bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lim Ah San telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas unit forensik, Hospital Kajang tersalah serah jenazah itu kepada sebuah badan kebajikan.

Jenazah Cina beragama Islam merupakan satu-satunya penganut Islam dalam keluarga mendiang, sebelum ini menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang.

Makluman dan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Hospital Kajang telah mengesahkan bahawa telah berlaku kesilapan penyerahan mayat dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan oleh pihak Hospital dan JKNS.

Dalam pada itu, pengurusan abu mayat telah diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit.

Pihak KKM juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.


Demikianlah Artikel Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali...

Sekianlah artikel Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kesilapan-serah-mayat-mualaf-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :