Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai

Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai
link : Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai

Baca juga


Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai

Diam tak diam penyanyi yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai penyanyi lelaki paling popular dan artis baru paling popular daripada sebuah anugerah, Khai Bahar nampaknya sudah setahun bergiat dalam industri seni. Beliau mula menempa nama apabila bakat nyanyiannya mula tular di sebuah aplikasi nyanyian.

Semenjak daripada itu nama Khai Bahar mula mendapat tempat dihati peminat yang menyukai kemerduan suaranya ketika menyanyi.

Dalam masa satu tahun penglibatannya sebagai anak seni, kejayaan demi kejayaan telah diperolehinya dan itu membuatkan peminat tertanya-tanya apa aset yang sudah dia miliki sepanjang bergelar artis.

Khai Bahar atau nama sebenarnya Mohd Khairul Baharuddin berkata, dia masih belum mempunyai apa-apa aset termasuk kereta kerana masih ada hajat yang diimpikan belum terlaksana.

Tambahnya lagi, segala aset atau harta itu akan difikirkan kemudian setelah hajat yang diimpikan tercapai.
“Saya belum beli apa-apa lagi termasuk kereta kerana saya ada hajat yang belum tercapai, jadi sekarang saya banyak menyimpan wang untuk melaksanakan perkara itu.

“Maaf saya tidak mahu berkongsi tentang perkara peribadi itu. Tapi Insya-Allah, selepas itu saya memang berniat untuk beli kereta dan sebuah rumah,” ujarnya.

Beralih pula cerita tentang peminat-peminatnya, Khai berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak membalas setiap mesej peribadi yang dihantar oleh peminatnya di laman sosial.
Tindakan ini diambil olehnya bagi mengelakkan rasa kurang senang peminat lain yang tidak menerima balasan daripadanya.

“Banyak yang mesej secara personal di Instagram tapi saya tidak buka dan balas satu pun kerana saya tidak mahu jika saya balas nanti ada peminat lain berkecil hati. Saya hanya balas mesej mereka di ruangan komen sahaja,” ujarnya lagi.

The post Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai

Sekianlah artikel Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khai Bahar Masih Ada Hajat Yang Belum Tercapai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/khai-bahar-masih-ada-hajat-yang-belum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :