Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid

Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid
link : Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid

Baca juga


Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid

BACHOK: Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan UMNO Bahagian Gua Musang diminta memastikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diteruskan setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada keperluan pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melepasi tempoh yang mengizinkan ia dilangsungkan.

"Kita reda dengan kekosongan kerusi berkenaan, namun kita serah kepada Badan Perhubungan UMNO negeri (Kelantan) untuk menentukan dari segi perkhidmatan kepada rakyat dan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengendalikan perkhidmatan di DUN berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Mahmudi di sini, Ahad malam.

Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN telah dimaklumkan berhubung kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

Khamis lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff muflis.

Abdullah dilaporkan berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff telah muflis.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid

Sekianlah artikel Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khidmat kepada DUN Nenggiri diteruskan - TPM Ahmad Zahid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/khidmat-kepada-dun-nenggiri-diteruskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :