Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama
link : Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

Baca juga


Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama


MUHAMMAD Jabrullah Yahya, 27, dan Nur E’Ezati Md. Sofri, 27, baru sahaja berkahwin sekitar September tahun lalu, namun semalam mereka menemui ajal bersama.

Insiden menyayat hati itu berlaku selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin.

Lebih memilukan, Nur E’Ezati dikatakan mengandung anak sulung. Suami isteri itu adalah kakitangan Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, motosikal mangsa dirempuh di lorong kecemasan MEX.

“Ini menyebabkan mereka berdua tercampak ke penghadang besi di sebelah kiri lebuh raya. Manakala motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 200 meter.

“Kejadian itu menyebabkan Jabrullah cedera parah di bahagian dada sementara E’Ezati cedera di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, seorang saksi mendakwa kenderaan pacuan empat roda itu menggunakan lorong kecemasan lalu melanggar motosikal mangsa.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” katanya. – myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama

Sekianlah artikel Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Tragik Suami Isteri Ajal Bersama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kisah-tragik-suami-isteri-ajal-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :