Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan

Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan
link : Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan

Baca juga


Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya meminta anak beliau Penang Official 1 (PO1) untuk meletak jawatan berhubung kes rasuah yang dihadapinya, dengan demikian orang lain akan melihat tuntutan Kit Siang secara serius.

Dalam kenyataan di sini pada Selasa, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Kit Siang juga seharusnya berhenti menggunakan isu lain untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu skandal forex Bank Negara.

"Malah, beliau sepatutnya mendedahkan salah laku (Tun Dr) Mahathir Mohamad berhubung perkara ini, yang mengakibatkan kehilangan wang pembayar cukai US$10 bilion (RM42 bilion).

"Selepas beberapa dekad menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, Kit Siang kini membisu dan mengadakan pakatan baharu bersama Mahathir bekas pemenjaranya - semuanya demi kepentingan politik -mendedahkan sifat sebenar beliau, mengetepikan prinsip dan integriti dan kerakusan untuk berkuasa di Malaysia," katanya.

Tengku Sariffuddin juga berkata, "Pada zaman ini rakyat tidak menghormati diktator, seperti   Dr Mahathir yang sendiri mengakuinya atau Kit Siang yang sering menafikannya".

"Oleh itu sebarang kenyataan oleh Kit Siang mempunyai kepentingan sendiri dan tidak boleh dipercayai," kata Tengku Sariffuddin.

Menurut beliau, Kit Siang sepatutnya berhenti daripada  cuba menyembunyikan bahawa DAP mempunyai kerusi pembangkang paling banyak, "oleh itu pada hakikatnya parti itu yang berkuasa". 

Beliau berkata DAP merupakan pemimpin pembangkang utama, maka rakyat Malaysia perlu tahu siapa yang akan dipilih Kit Siang menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Kit Siang mestilah telus tentang pilihannya siapa yang menjadi PM, oleh kerana rakyat perlu tahu siapa yang akan memerintah mereka jika mereka memilih pembangkang.

"Kerajaan pimpinan Kit Siang dan DAP akan mendatangkan bencana bagi Malaysia dan rakyat negara ini," katanya.                                       

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi dua pertuduhan rasuah berhubung pertukaran status tanah dari zon pertanian ke kediaman, pembelian beberapa bidang tanah dan sebuah banglo di bawah harga pasaran.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan

Sekianlah artikel Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang harus minta PO1 letak jawatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kit-siang-harus-minta-po1-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :