Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser

Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser
link : Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser

Baca juga


Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser


KUALA LUMPUR – Akhir-akhir ini terdapat banyak perkongsian melalui media sosial berkaitan makanan atau diet yang perlu diamalkan untuk mencegah serangan penyakit kanser.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut dan sumbernya apatah lagi terdapat percanggahan antara artikel-artikel tersebut.

Ada antara artikel melaporkan kononnya makanan seperti soya merupakan agen pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut dalam diet harian.

Ada juga yang mendakwa memakan ayam atau daging dalam pasaran adalah berisiko mendapat kanser berbanding memakan produk organik atau ayam kampung.

Tidak ketinggalan amalan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro juga dikatakan boleh menyumbang kepada kanser.

Pakar diet merangkap Eksekutif Pembangunan Pendidikan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Lim Chooing berkata sehingga kini tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa ayam komersial boleh meningkatkan risiko kanser.

“Ada percaya di mana ayam biasa disuntik dengan hormon pertumbuhan atau bahan kimia lain yang menjadikan ayam yang tidak selamat untuk dimakan atau boleh mencetuskan perkembangan kanser,” katanya kepada Bernama.

Justeru, menasihatikan bahawa seseorang itu perlu mengambil diet yang seimbang dengan sumber protein yang baik seperti ayam, ikan, produk tenusu rendah lemak, dan makanan bersoya.

Soya semula jadi sebagai minuman, katanya, adalah amat baik untuk kesihatan, malah memberi faedah kepada bekas pesakit kanser.

“Cuma soya yang diproses menjadi suplemen kita tidak tahu sejauh mana ia memberi risiko penyakitkanser,” kata Chooing.

Bagaimanapun, katanya, individu dinasihat mengehadkan pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing dan mengelak daging diproses seperti ham, bakon dan sosej.

Chooing berkata pesakit kanser atau orang awam juga digalakkan untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti lobak merah, beri biru dan kubis merah kerana ia memberi semua nutrien yang diperlukan.

Sementara itu, menyentuh mengenai perasa makanan seperti monosodium glutamat yang juga disebut boleh menggalakkan kanser, Chooing berkata tiada kajian membuktikan bahawa perasa boleh membawa kepada kanser.

Begitu juga tanggapan kononnya dengan amalan memasak atau memanaskan makanan dalam ketuhargelombang mikro menyebabkan kanser adalah tidak berasas sama sekali, katanya.

“Ketuhar gelombang mikro tidak membuat makanan menjadi radioaktif. Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan dengan menghasilkan radiasi yang diserap oleh molekul air dalam makanan. Ini menjadikan molekul air bergetar dan menghasilkan haba, yang memasak makanan.

“Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan. Mereka tidak membuat apa-apa perubahan kepada makanan yang tidak dibuat dalam mana-mana kaedah memasak lain,” katanya.

Katanya, lagi orang awam yang mahu tahu mengenai diet yang sesuai bagi pesakit kanser atau makanan sihat untuk mencegah kanser boleh merujuk kepada NCSM atau pertubuhan berkaitan kanser lain bagi mengelak kekeliruan fakta.

Orang awam boleh menghubungi talian free tol 1-800-08-1000 untuk maklumat mengenai kanser dan memuat turun aplikasi ‘Stronger Than Cancer’ yang direka khas untuk pesakit kanser, bekas pesakit dan orang awam. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser

Sekianlah artikel Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kongsi-maklumat-pemakanan-cegah-risiko.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :