Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia

Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia
link : Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia

Baca juga


Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia

AKIBAT  bertugas selama empat hari tanpa henti, seorang pakar bius meninggal dunia ketika bertugas di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia.

Jawapos melaporkan, Dr Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada Selasa malam.

Stefanus dilaporkan bekerja kerana menggantikan rakan sekerja yang bercuti menyambut Aidilfitri dan dia bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.

 Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun.

Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan.

“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.

 Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia

Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.

Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.

“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,”kata seorang pengguna media sosial.

Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Ada media tempatan Indonesia melaporkan Stefanus meninggal dunia akibat keletihan selepas bekerja dua hari berturut-turut namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. -MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Korban Cuti Raya: Doktor Bius Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/korban-cuti-raya-doktor-bius-meninggal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :