KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan

KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan
link : KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan

Baca juga


KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan

YAN – Kementerian Perdaqangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa lebih 1,500 gerai yang beroperasi di bazar Ramadan di seluruh negeri bagi tempoh 27 Mei sehingga 6 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20 surat amaran dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga.

“Setakat ini, tiada aduan dibuat mengenai kenaikan harga bahkan pemeriksaan juga mendapati harga yang ditawarkan adalah berpatutan, cuma terdapat 20 kes yang melibatkan kegagalan mempamerkan tanda harga.

“Aktiviti penguatkuasaan oleh KPDNKK itu akan diteruskan sehingga 24 Jun ini, bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan pekan Guar Chempedak, Yan, semalam.

Turut hadir, Pengarah KPDNKK Kedah, Mohd Fitri Hasan.

Dalam pada itu, Ku Rahman turut mengingatkan semua peniaga di bazar Ramadan agar mematuhi arahan serta mengamalkan etika berhemah semasa berniaga selain tidak cuba mengaut untung berlebihan.

“Tanda harga perlu dipamerkan dengan jelas bagi memudahkan pengguna, malah peniaga juga tidak boleh meletakkan harga yang mengelirukan pengguna.

“Jika ada peniaga cuba mengaut untung lebih, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Tambahnya lagi, pengguna juga perlulah berbelanja dengan bijak dan berhemah serta membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian.

Sementara itu, Ku Rahman berkata, tiada kesalahan dikesan sepanjang pemeriksaan yang dilakukan di lebih 60 gerai di bazar Ramadan Guar Chempedak, di sini, petang semalam.

“KPDNKK akan membuat pemantauan secara berterusan setiap hari, di semua lokasi bazar Ramadan sehingga menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan

Sekianlah artikel KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK Kedah Periksa 1,593 Gerai Di Bazar Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kpdnkk-kedah-periksa-1593-gerai-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :