link : Kulit Kayu Manis Pun Boleh Jadi Penyeri Meja Lebaran, Buat Sendiri 3 Minit Siap!
Kulit Kayu Manis Pun Boleh Jadi Penyeri Meja Lebaran, Buat Sendiri 3 Minit Siap!
Bukan susah pun mak-mak & akak-akak nak cantikkan rumah raya ni.Guna bahan sedia ada yang dah ada kat dapur pun boleh, yang penting kena kreatif & rajin. Contohnya guna Kulit Kayu Manis ni. Senang sangat nak buat hiasan lilin ni, 3 minit dah siap!
Hiasan ini boleh lah letak kat area meja makan mahupun meja konsol nanti. Selain cantik dipandang, nyalaan lilin dan semerbak aroma rempah mampu memberi ketenangan dan mencetuskan suasana romantis buat tetamu yang datang beraya nanti.
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis, tali guni, getah, gunting dan lilin bersaiz besar
Langkah demi langkah:
1.Langkah pertama letakkan getah pada lilin, kemudian, susunkan batang kayu manis di sekelilingnya.
2.Setelah itu, lilitkan dengan tali guni, ikat dengan ketat dan kemaskan susunan kayu manis tersebut.
3.Seterusnya, buka ikatan getah dan buat ikatan reben pada tali guni bagi menambah seri.
Masa: 3 Minit
Kos: RM12
TIP:
1.Selain kulit kayu manis, vanila pod juga sesuai dijadikan alternatif hiasan.
2.Gunakan saiz lilin yang besar namun dengan pelbagai ukuran seperti tinggi, sederhana dan rendah untuk menghasilkan dekorasi yang lebih cantik.
3. Selain lilin berwarna putih boleh juga gunakan lilin berwarna mengikut pilihan cita rasa.
Selamat Mencuba!
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kulit Kayu Manis Pun Boleh Jadi Penyeri Meja Lebaran, Buat Sendiri 3 Minit Siap!
Anda sekarang membaca artikel Kulit Kayu Manis Pun Boleh Jadi Penyeri Meja Lebaran, Buat Sendiri 3 Minit Siap! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kulit-kayu-manis-pun-boleh-jadi-penyeri.html