Kurang daging lebih sayur

Kurang daging lebih sayur - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kurang daging lebih sayur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kurang daging lebih sayur
link : Kurang daging lebih sayur

Baca juga


Kurang daging lebih sayur

Selebriti lelaki popular dengan tubuh sasa memang menjadi perhatian. Seorang daripada mereka sudah tentu pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 38.

Tidak lokek berkongsi tip kesihatannya, Fahrin menjaga pemakanan hariannya termasuk utamakan senaman.

Meskipun memiliki cahaya mata, Khalifa Fahrel berusia sembilan bulan, Fahrin berkata dia tetap ada masa ke gimnasium untuk bersenam.

Dia bersyukur kerana isteri, Elena Hani Eleas, 39, memahami minatnya suka bersenam dan aktif bersukan.

“Setiap kali ada masa terluang, saya memang ke gimnasium untuk bersenam 45 hingga 60 minit.

Apabila di gimnasium, saya merancang bentuk latihan apa yang mahu dilakukan.

“Saya tidak akan melakukan latihan kardio atau regangan serentak kerana bersenam di gimnasium memerlukan intensiti tinggi.

“Justeru, lebih baik memberikan tumpuan pada satu-satu bentuk latihan saja untuk impak berkesan,” katanya.

Kata Fahrin, senaman di gimnasium juga elok dilakukan tiga atau empat kali dalam seminggu. Mengakui penjagaan pemakanan perlu seiring dengan senaman, Fahrin berkata, dia sudah lebih setahun tidak makan nasi putih.

“Kalau teringin hendak menjamah nasi pun, saya biasanya akan makan nasi beras perang atau hitam yang tidak berkanji.

“Saya juga tidak minum air berkarbonat termasuk teh tarik. Minum air suam sudah memadai,” katanya.

Memandangkan usianya pertengahan 30-an, penjagaan pemakanan sangat penting.

Katanya, tidak guna jika aktif bersukan dan senaman di gimnasium tetapi pemakanan tidak dijaga.

“Saya turut mengguna pakai tip kesihatan selebriti antarabangsa dan ahli sukan iaitu kurangkan makan daging.

Saya kini sangat gemarkan sayur dan memastikan ia sentiasa menjadi sajian utama dalam rutin pemakanan harian.

“Bagi menggantikan daging, saya pilih ikan kerana ia juga mempunyai banyak khasiat. Apapun, saya juga pastikan mengambil vitamin C dan multi vitamin setiap hari untuk penjagaan kesihatan.

“Tidak terkecuali, saya juga pastikan mendapat tidur yang cukup. Ia penting untuk kecerdasan minda dan kecergasan badan.

“Apabila badan mendapat tidur yang cukup dengan automatik ketika bangun pagi kita berasa sangat sihat,” katanya.

Aktif sukan sejak kanak-kanak, Fahrin berkata minatnya bermain bola dipupuk arwah abang, Allahyarham Nizam Ahmad.

“Ketika kecil dahulu, selalu tengok dan ikut abang berlatih main bola. Bahkan pada usia 15 tahun saya aktif bermain ragbi.

“Hinggalah menuntut di universiti, saya tetap aktif bermain ragbi kerana bersukan menjadi minat saya,” katanya.

Mengenai gaya, Fahrin selesa tampil kemas pada setiap acara hiburan dihadiri.

Katanya, dia seorang yang ringkas soal fesyen tetapi sejak kanak-kanak ibu bapanya memberi penekanan untuk sentiasa tampil kemas.

“Ibu bapa saya bekerja sebagai guru. Jadi, mereka memang tegas supaya saya dan adik-beradik sentiasa kemas.

“Walaupun ketika itu hanya mahu bermain bola di padang, tetap kena tampil kemas dan keadaan itu sudah terbiasa sampai sekarang,” katanya.

Bagi tampil segak dan bergaya, dia akan pastikan pakaian dipilih sesuai serta kemas termasuk mengikut tema ditetapkan.

The post Kurang daging lebih sayur appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kurang daging lebih sayur

Sekianlah artikel Kurang daging lebih sayur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kurang daging lebih sayur dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kurang-daging-lebih-sayur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :