link : Kurta pilihan ke majlis Ramadan
Kurta pilihan ke majlis Ramadan
Kurta adalah pakaian tradisional masyarakat benua kecil India yang dipelopori masyarakat Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka.
Potongan kurta tradisional harus longgar dan labuhnya mengikut keselesaan. Mereka yang berada di India lebih gemar kurta singkat manakala bagi penduduk Pakistan, Bangladesh dan Afganistan, kurta potongan labuh bawah lutut lebih digemari. Tradisi pemakaian kurta juga biasanya dipadankan dengan pijama, salwar, churidar atau dhotis.
Begitupun, dengan perkembangan fesyen terkini, pemakaian kurta jauh berubah. Kurta sering menjadi pilihan kerana fabriknya tidak panas disebabkan dihasilkan daripada kain kapas yang lembut.
Selain baju Melayu, kurta kini menjadi pilihan kerana potongan selesa dan labuh memudahkan beribadat di samping menjaga aurat apabila melakukan rukuk mahupun bersujud.
Tidak hairanlah kurta sering menjadi pilihan selebriti lelaki untuk digayakan pada majlis keramaian sepanjang Ramadan kerana mudah dan ringkas.
Dalam situasi sibuk, mereka tidak perlu menyalin baju kerana kurta sudah cukup selesa untuk membolehkan mereka beribadat.
Pemakaian kurta di Malaysia juga sudah banyak berevolusi dengan budaya tempatan terutama ada antara potongan kurta diadunkan dengan baju Melayu apabila di bahagian kolar disembat leher teluk belanga dan ada juga cekak musang.
Kebanyakan selebriti tempatan senang menggayakan kurta dengan seluar jean atau khaki. Ia kelihatan lebih santai dan pada waktu sama nampak kemas.
Lihat saja pemakaian kurta potongan pendek oleh Aqasha, Redza Rosli dan Zoey Rahman. Mereka tetap kelihatan ranggi apabila menyarungkan kurta pilihan dengan jean dan seluar khaki.
Jika mereka memilih kurta warna asas, berbeza dengan Faizal Tahir yang tampil dengan kurta labuh warna garang merah cili. Potongan cekak musang membuatkan penampilannya lebih segak.
Bertubuh agak besar, Azrel Ismail memilih menggayakan kurta potongan besar dan agak labuh. Corak geometri pada fabrik dengan warna pastel biru membuatkan pelakon drama Cucu Tauke Beras itu nampak manis.
The post Kurta pilihan ke majlis Ramadan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kurta pilihan ke majlis Ramadan
Anda sekarang membaca artikel Kurta pilihan ke majlis Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kurta-pilihan-ke-majlis-ramadan.html