link : Lampu landasan LTSIP tidak berfungsi jejaskan jadual penerbangan
Lampu landasan LTSIP tidak berfungsi jejaskan jadual penerbangan
KUALA LUMPUR: Semua penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ditunda sejak lewat petang tadi akibat masalah teknikal, dipercayai lampu di landasan tidak berfungsi.Salah seorang mangsa yang terkandas, Mohd Adi Lokman, 26, berkata dia dimaklumkan melalui pengumuman yang dibuat oleh syarikat penerbangan, bahawa lampu pada landasan tidak berfungsi sekali gus mengakibat semua penerbangan ditunda.
"Penerbangan saya untuk pulang ke Kuala Lumpur dijadual pukul 9.40 malam tadi. Tapi ia ditangguhkan. Saya pun tidak pasti ditangguhkan hingga pukul berapa.
"Syarikat penerbangan maklumkan kepada saya untuk datang semula 12.30 tengah malam nanti," katanya kepada Astro AWANI hari ini.Katanya, sehingga kini penumpang yang terkandas tidak dimaklumkan secara terperinci berhubung punca kejadian serta waktu penerbangan seterusnya.
Difahamkan, terdapat jadual penerbangan pesawat syarikat AirAsia yang terpaksa dibatalkan, manakala belum ada maklumat berkaitan jadual penerbangan dari pihak Malindo dan FireFly.
Astro AWANI akan mendapatkan penjelasan daripada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) berhubung kejadian tersebut.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lampu landasan LTSIP tidak berfungsi jejaskan jadual penerbangan
Anda sekarang membaca artikel Lampu landasan LTSIP tidak berfungsi jejaskan jadual penerbangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lampu-landasan-ltsip-tidak-berfungsi.html