link : Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang
Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata kesemua mereka berumur antara 20 dan 30 tahun yang menaiki tiga kenderaan itu ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada kira-kira 5 pagi.
"Pemeriksaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis .38 bersama lima butir peluru hidup dan siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka mempunyai rekod (jenayah) lampau," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, mereka yang ditahan dipercayai mengugut seorang kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja menurap jalan di Seri Kembangan pada 3.30 pagi semalam.
"Suspek membuat ugutan akan bertindak ganas dengan menembak mangsa sebelum mereka ke sebuah pusat hiburan di kawasan sama untuk membuat ugutan sebelum melarikan diri," katanya.
Megat Mohd Aminuddin berkata polis turut merampas tiga kereta dan sebuah motosikal dalam operasi itu.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang
Sekianlah artikel Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lapan-lelaki-ditahan-disyaki-terlibat.html