link : Larang ambil gambar
Larang ambil gambar
St Moritz (Switzerland): Terletak di pergunungan Switzerland, berhampiran resort terkenal St Moritz, Bergün adalah antara kampung kawasan pergunungan paling cantik di Eropah.
Kerana sungguh cantik, gambar kampung itu di media sosial dikatakan membuat orang merasa tertekan kerana mereka tidak dapat melawatnya. Ia menjadi alasan pihak berkuasa tempatan mengharamkan pengunjung mengambil gambar kampung itu.
Bunyinya seperti melawak. Tetapi itu yang sebenarnya dilakukan oleh majls penduduk kampung itu dan keputuskan berkenaan diluluskan oleh datuk bandar tempat kampung itu terletak.
Kewajaran tindakan itu ialah kecantikan menakjubkan kampung berkenaan yang berlatarberlakangkan banjaran gunung sehingga dikatakan boleh menyebabkan mereka yang melihatnya di media sosial cemburu dan tertekan.
Untuk menghalang pengunjung mengambil gambar, majlis penduduk mengenakan denda €5 (RM24).
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Larang ambil gambar
Anda sekarang membaca artikel Larang ambil gambar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/larang-ambil-gambar.html