Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi

Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi
link : Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi

Baca juga


Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi

KUALA LUMPUR: Usaha pengambilan pekerja secara dalam talian bagi bidang teknologi maklumat (IT), telekomunikasi serta industri perniagaan pemprosesan berasaskan IT meningkat sebanyak 12 peratus pada April berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Mengikut Indeks Pekerjaan Monster Malaysia (MEI) yang diumumkan Monster.com pada Rabu, industri minyak dan gas (O&G) turut meningkat sebanyak 11 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun pada April manakala sektor pengeluaran/pembuatan, automotif dan sampingan pula bertambah sebanyak enam peratus.

Pengarah Urusan Monster.com bagi rantau Asia Pasifik dan Asia Barat, Sanjay Modi berkata tinjauan MEI bagi kumpulan pekerjaan pula mendapati bidang pembangunan perniagaan dan jualan mendapat permintaan tertinggi untuk pengambilan secara dalam talian iaitu sebanyak sembilan peratus.

Bagaimanapun, ketidaktentuan pasaran tenaga buruh Malaysia yang terus ketara, memerlukan perniagaan melaksanakan strategi modal insan yang meminimumkan ketidakpadanan kemahiran antara siswazah serta keperluan semasa industri.

"Tenaga kerja global merupakan elemen yang sering berubah. Sehubungan itu, adalah penting untuk institusi kerajaan, industri dan pendidikan bergerak seiring bagi menyokong pekerja dalam pertengahan karier meningkatkan kemahiran mereka.

"Lebih-lebih lagi sejajar peranan pembangunan perniagaan dan jualan sebagai peneraju, akan menyebabkan hanya pekerja yang memiliki perspektif lebih baik dan berkemahiran dari segi komersial menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi.

"Malaysia perlu menangani cabaran kemahiran di negara ini dan membantu ekonominya mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," kata MEI.

Sementara itu, dari segi pengambilan kerja secara menyeluruh menyaksikan Malaysia mengalami penyusutan sebanyak 11 peratus bagi tahun ke tahun manakala sektor peruncitan terbukti paling merosot iaitu turun 36 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi

Sekianlah artikel Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih banyak pengambilan pekerja dalam talian libatkan industri IT, Telekomunikasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lebih-banyak-pengambilan-pekerja-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :