link : Lebih Suka Beraya di Rumah Mertua
Lebih Suka Beraya di Rumah Mertua
Terus-terang aku bagitau aku lebih suka beraya or balik rumah mertua aku berbanding balik ke rumah parent aku sendiri..Tapi atas faktor tanggungjawab, aku balik juga ke rumah parent aku dalam keterpaksarelaan dan menghitung detik untuk balik ke rumah sendiri..
Aku tidak ketemu kebahagiaan di rumah parent aku walaupun rumah lebih mewah berbanding di rumah kampung mertua yang cukup asas apa adanyaKepulangan dan pemergian aku ke/dari rumah mertua disambut/diiringi dengan mesra..
Dalam adik-beradik, hanya aku sorang je anak pompuan yang dah kawen..Adik-beradik pompuan yang lain masih bujang manakala adik-beradik laki sume dah kawenMak aku akan masak beria-ia kalo anak2 laki/menantu pompuan balik..Cakap je nak makan apa?Berehhh!
Abang/adik laki belum pun sampai rumah, mak tau diorang nak balik, siap laa menu istimewa..Mak aku akan jemput makan pada sume anak menantu kecuali aku..Kalo semawa jemput aku makan, mak aku rasa macam aku ni tuan dan dia orang gaji
Kalo aku teringin nak makan masakan air tangan mak aku, mak akan kata,Masak laa sendiri..Ko kan pompuan..Adik-beradik pompuan merungut bila aku balik sebab mereka kena pakai tudung..Suami aku rasa tak selesa disebabkan dia, adik-beradik pompuan terbeban dan culas pakai tudung or pakaian yang sesuai dalam rumah..
Aku bagitau mak minta nasihatkan mereka tapi mak suruh aku sendiri tegur..Bila aku tegur, mereka mendengus dan kata aku takpaaa laa tak payah pakai tudung..Aku balik pun tak selalu..Aku balik umah mertua, sepanjang masa kot pakai tudung..Aku kata, korang kawen nanti, korang tauuu laa..Tau pun mati kata..
Ada 1 masa, adik-beradik sume balik, mak suruh aku tukar ke bilik yg lebih kecil sebab nak bagi abang aku duduk di bilik aku tidur dengan alasan anak abang aku lebih seorang dari aku sedangkan adik laki aku belum ada anak tapi duduk bilik siap connecting bilik air..
Bila anak2 laki/menantu pompuan mak aku balik, mak aku kalut siapkan bilik tidur, lengkapkan bantal segala bagai..Tapi kalo aku balik, bantal tak cukup or takde sarung, ko cari laa sendiri..Again, aku kan pompuan..
Baru ni aku lalu depan bilik mak, aku dengar mak aku ngumpat aku pada adik-beradik pompuan..Bergenang air mataku..Adik-beradik pompuan anak mak, kecuali aku sepertinya anak pungut..Dalam whatsapp group family, aku silent reader je..Mak aku pernah sound sebab sebelum ni aku sering upload foto anak aku kat group n mak aku labelkan sebagai spam..
Tapi kalo anak2 laki/menantu pompuan upload gambar anak2 mereka (cucu2 mak aku), meriah sambutan puji cucu melambung..Tapi gambar anak aku?Kalo takde reaksi, mak aku akan komplen itu ini..Mula2 suami aku kata, perasaan aku je sume2 nih tapi lama-kelamaan dia sendiri sedar dan nampak sendiri..
Mak aku tak suka datang ke rumah aku..Alasannya rumah aku jauh n masa tuh belum ada ETS..Aku tau rumah aku tak se gah rumah abang2 aku yang mana bilik air macam di hotel..Aku cuma menyewa di rumah kos rendah..
Allah itu Maha Adil..Aku tak ketemu syurga di rumah parent aku tapi aku merasa kasih sayang parent di rumah mertua yang menerima baik buruk aku seadanya..Aku berazam untuk tidak membeza-bezakan mereka sepertimana aku merasainya..
Mayra
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lebih Suka Beraya di Rumah Mertua
Anda sekarang membaca artikel Lebih Suka Beraya di Rumah Mertua dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lebih-suka-beraya-di-rumah-mertua.html