Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen

Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen
link : Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen

Baca juga


Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen


Kebanyakan perokok yang menghisap rokok di tempat awam seringkali didapati langsung tidak sensitif dengan keadaan sekeliling serta tidak menghormati orang lain yang berada berdekatan dengan mereka. Malah, ada yang dikatakan telah menghisap rokok di tempat yang tidak sepatutnya seperti berhampiran dengan perempuang, bayi atau pun kanak-kanak.

Satu perkongsian seorang netizen tentang bagaimana beliau berhadapan dengan satu situasi yang amat menyakitkan hati apabila terjumpa dengan seorang perokok tegar yang begitu mementingkan diri sendiri ketika beliau berada di sebuah kedai makan untuk menjamu selera beberapa hari lalu.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook, individu terbabit yang dikenali sebagai Hassan Mutalib menceritakan situasi tersebut ketika seorang lelaki yang sedang menghisap rokok tanpa mempedulikan seorang bayi yang berada berdekatannya iaitu di belakang mejanya di kedai makan tersebut.

Menurut Hassan, lelaki terbabit dikatakan terlebih dahulu duduk di meja makan tersebut sebelum satu keluarga suami isteri bersama seorang bayi comel tiba dan duduk di belakangnya untuk menjamah makanan di kedai berkenaan.

Menurut Hassan lagi, lelaki terbabit memang menyedari akan kehadiran bayi berkenaan serta turut menoleh ke belakang namun masih lagi meneruskan hisapan rokoknya itu tanpa mempedulikan keluarga terbabit.




Berikutnya adalah komen netizen terbabit yang tidak berpuas hati akan tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan sangat kurang ajar dan mementingkan diri sendiri.

Oleh: Hassan Mutalib

Kawan hangpa ka ni ? Pagi-pagi raya buat aku bara. xxxxx punya orang.

Kalau kau perokok tegar macam mana pun, kat tempat awam terutamanya kedai makan, tak kira lah hang duduk situ dulu atau depa duduk kemudian, bila hang dah nampak ada keluarga duduk belakang hang and ada anak kecil dalam stroller sedang tidur.

Cuba hang guna akal hang HORMAT lah dan berperikemanusiaan sikit "hang dah toleh tengok dan nampak" aku tegur hang sebab hang dah nampak, tak elok hisap rokok sebab asap rokok hang angin tiup betul betul pegi ke budak dalam stroller tu.

Dah tegur hang marah lagi siap campak puntung rokok hang kat aku, aku patah balik cakap elok-elok, hang bakar lagi sebatang hisap rokok dengan bangganya.

Haihhh. Aku kesian dengan attitude hang. Zaman aku brutal dah lama berlalu, hang bernasib baik aku bersabar di hari raya ke-2 ni, nasib rokok hang baling tu tak kena aku.

Boleh viralkan dan kepada yang kenal boleh tag makhluk ni dekat sini.

Rata-rata netizen turut mengecam dan mengutuk tindakan lelaki berkenaan dan turut menggesa pihak berkuasa lakukan sesuatu terhadapnya agar kejadian yang sama tidak berulang kepada orang lain.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen

Sekianlah artikel Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Biadap Apabila Ditegur Hisap Rokok Berdekatan Bayi, Nyalakan Rokok Baru Tanda Kurang Ajar Cetus Kemarahan Netizen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lelaki-biadap-apabila-ditegur-hisap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :