link : Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5
Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5
BALIK PULAU – Seorang ejen penghantaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar kira-kira sejuta pil jenis Eramin 5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, dekat sini, dua minggu lepas.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada Shafiee Chin, 49, di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd Alif Abdul Aziz.
Dia didakwa mengedar pil itu di Kompleks Kargo MAS LTAPP, dekat sini, pada 4.30 petang, 18 Jun lepas.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Karthy G. Gasedev tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh tidak diikat jamin dan menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lelaki-didakwa-edar-sejuta-pil-eramin-5.html