link : Lelaki Heret Ibu Nyanyuk Kerana Tak Dengar Kata
Lelaki Heret Ibu Nyanyuk Kerana Tak Dengar Kata
INI namanya anak derhaka. Lelaki ini telah mengheret ibunya yang sudah tua dan mengalami nyanyuk masuk ke dalam rumah selepas wanita tua itu memanjat balkoni, dalam rakaman video yang mengejutkan penduduk di China.
Ia juga kini menjadi isu yang diperdebatkan dalam media sosial di negara itu selepas video tersebut dirakamkan oleh jiran lelaki itu dan kemudian dimuatnaik dalam internet.
Lelaki berkenaan dikatakan telah menolak ibunya yang sedang memanjat balkoni terlebih dahulu sebelum mengheretnya masuk ke dalam rumah. Insiden itu berlaku di Zhejian, timur China.
Laporan polis mengenai kekejaman itu telah dibuat. Hasil siasatan polis memberitahu anak lelaki wanita itu menjadi marah kerana ibunya tidak mendengar kata dan cuba memanjat balkoni walaupun dilarang.
Wanita itu kini menetap dengan anak perempuannya selepas kejadian terbabit dirakamkan dan menjadi tular.
Dalam pada itu, Pear Video ketika menemubual cucu wanita itu telah dimaklumkan bahawa neneknya akan membengkokkan dua besi pada balkoni itu lalu memanjat dan berjalan di atas bumbung kaca.
Bagaimanapun perbuatan lelaki itu dikecam ramai kerana berlaku kasar dan kejam kepada ibu sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Lelaki Heret Ibu Nyanyuk Kerana Tak Dengar Kata
Sekianlah artikel Lelaki Heret Ibu Nyanyuk Kerana Tak Dengar Kata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Heret Ibu Nyanyuk Kerana Tak Dengar Kata dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lelaki-heret-ibu-nyanyuk-kerana-tak.html