Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama

Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama
link : Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama

Baca juga


Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama

KOTA KINABALU, SABAH - Seorang lelaki mengamuk dan bertindak mengurung kedua-dua anak perempuannya serta mengugut ingin membunuh mereka di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal, Kota Kinabalu semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, suspek yang berusia 30 tahun dipercayai mengacukan pedang ke leher anak perempuannya ketika suspek mengurung mereka di sebuah bilik di tingkat atas rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada sepupu suspek dan turut dipujuk sepupunya agar menghentikan perbuatan tersebut, namun gagal memujuknya sebelum mendapati ada bau asap yang dipercayai dibakar sesuatu oleh suspek dalam bilik berkenaan.

Menurut pengadu, suspek didapati mengacukan satu pedang samurai ke leher anaknya itu sambil menjerit kepadanya agar tidak mencapuri urusannya. Kerana bimbang akan berlakunya perkara yang tidak ingini, pengadu akhirnya menghubungi polis.

Menurut Chandra, sepasukan polis yang tiba ke lokasi kejadian telah cuba memujuk suspek agar menyerahkan diri serta diminta tidak mencederakan anak-anaknya.

Polis juga mengepung lokasi berkenaan dan tidak beberapa minit kemudian, suspek didapati membawa anaknya keluar serta menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarganya, jelas Chandra.

Polis akhirnya telah menahan suspek dan senjata yang telah digunakannya turut dirampas iaitu pisau pemotong sayur dan pedang samurai, manakala kanak-kanak berkenaan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, melalui siasatan awal mendapati punca yang menyebabkan suspek mengamuk dipercayai kerana kecewa dengan bekas isterinya yang dikatakan kini berada di Johor tidak pulang untuk berhari raya bersamanya dan siasatan dari hasil saringan ujian kencing mendapati suspek positif dadah.

Menurut Chandra lagi, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama

Sekianlah artikel Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mengamuk Ingin Membunuh Anaknya Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Untuk Beraya Bersama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lelaki-mengamuk-ingin-membunuh-anaknya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :