Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis

Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis
link : Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis

Baca juga


Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis

BALAI Polis boleh dikatakan tempat yang ‘digeruni’ orang ramai walaupun hanya datang membuat laporan.

Namun, tidak bagi lelaki ini kerana sanggup berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer bagi mendapatkan perlindungan di balai polis pada Aidilfitri.

Media tempatan melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai Johan Iskandar Dean Salter, 36, itu gagal mendapatkan bilik di rumah perlindungan gelandangan berdekatan Hospital Kuala Lumpur kerana telah penuh.

Ketua Balai Polis Setapak, Asisten Superitenden Wee Bee Seng berkata, Johan menjelaskan dia berjalan kaki ke balai polis tersebut dan meminta kebenaran untuk bermalan serta berjanji akan pergi pada pagi esoknya untuk mencari pekerjaan.

“Lelaki itu juga memberitahu dia belum lagi makan, jadi kita berikan dia makan,” katanya.

Johan kemudiannya ditawarkan tempat menginap pada Ahad itu dan diberikan wang selain kemudahan penginapan di sebuah hotel bajet selama tiga malam.

“Diharapkan, ia dapat mengurangkan bebannya dan dia dapat mencari kerja,” katanya.

Bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama Bee Seng begitu bermurah hati pada musim perayaan 1 Syawal.

Malah, beliau membuat penyusunan semula pasukannya bagi membolehkan anggota beragama Islam berpeluang bercuti selama dua hari pada Aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pasukannya dibantu anggota Rela dan Polis Sukarelawan Simpanan (PVR).

“Walaupun ada yang tidak dapat memanjangkan tempoh cuti untuk pulang ke kampung, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan dua hari itu bagi menyambut Hari Raya bersama keluarga,” katanya.

“Sudah lama saya tidak mengambil laporan tetapi tidak susah pun,” katanya yang membantu di meja hadapan balai polis. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis

Sekianlah artikel Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lelaki-sanggup-beraya-di-balai-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :