link : Lima tahun terbaring
Lima tahun terbaring
Kota Bharu: “Sejak jatuh pokok cempedak lima tahun lalu, saya hanya terbaring dan langsung tidak dapat menggerakkan badan.
“Kehidupan sudah tidak seperti dulu lagi,” kata Mohd Nawi Yusoff, 63.
Dia yang lumpuh seluruh badan berkata, kehidupannya berubah 100 peratus kerana kejadian terbabit yang mengakibatkan saraf tunjang di bahagian tengkuk dan tulang belakangnya bermasalah.
Bapa dua anak itu berkata, semua keperluan dirinya terpaksa diuruskan ahli keluarga dan dia banyak dibantu menantu perempuan untuk bergerak sama ada ke bilik air atau ruang tamu menggunakan kerusi roda.
Isterinya, Kamariah Saad, 61, juga uzur dan menghidap penyakit kencing manis.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lima tahun terbaring
Anda sekarang membaca artikel Lima tahun terbaring dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lima-tahun-terbaring.html