Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong

Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong
link : Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong

Baca juga


Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Melayu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sekali lagi melahirkan rasa kecewa terhadap sikap kontraktor yang masih membuang sisa binaan di Jalan 3/1 dan 6/1 meskipun sudah diberi amaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaikan 'mencurah air ke daun keladi', penduduk mendakwa longgokan sampah itu wujud kembali sejak dua minggu lalu di tapak projek berhampiran kawasan perumahan mereka yang bakal dibina laluan alternatif ke lebuh raya berhampiran.

Projek itu bakal menghubungkan Jalan 6/1 dan Jalan 3/1 yang pada terputus disebabkan gaung.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ashim mendakwa beberapa lori yang dipercayai membawa sisa bahan binaan itu dilihat keluar masuk di kawasan tersebut sejak dua minggu lalu.

"Sebelum ini, kami sudah memaklumkan kepada DBKL untuk mengambil tindakan dan kontraktor sudah mendapat arahan untuk tidak membuang sampah.... nampaknya mereka tidak mematuhi peraturan dan longgokan sampah itu bertimbun lagi.

"Kali ini mereka membuang sisa-sisa bahan binaan seperti serpihan atap, kayu, plastik dan sebagainya di tepi gaung tapak projek itu.... Kami bimbang jika dibina jalan kelak akan menimbulkan mendapan," katanya kepada Bernama hari ini.

Tapak projek itu sepatutnya ditambak tanah dan batu sahaja untuk menutup gaung sedalam lebih 15 meter.

"Nampaknya kontraktor masih degil dan tidak mengendahkan amaran oleh DBKL, kami risau akan keselamatan penduduk sekiranya projek menyambung jalan itu siap selepas dua tahun," katanya.

Beliau berharap DBKL dapat mengambil tindakan kompaun ke atas kontraktor terbabit.

Pada April lepas, Bernama melaporkan aduan penduduk mengenai longgokan sampah yang bertimbun di depan kawasan perumahan mereka yang didakwa dijadikan tambakan untuk menutup gaung bagi memberi laluan kepada pembinaan sambungan Jalan 3/1 dan Jalan 6/1.

Longgokan sampah yang didakwa menimbulkan bau busuk itu bagaimanapun telah dibersihkan oleh pihak kontraktor selepas Persatuan Penduduk Kampung Melayu FRIM itu menggantung kain rentang amaran serta DBKL mengeluarkan arahan supaya pihak terbabit menghentikan kegiatan mereka.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong

Sekianlah artikel Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Longgokan sampah bertimbun lagi - penduduk Kg Melayu FRIM Kepong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/longgokan-sampah-bertimbun-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :