LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century

LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century
link : LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century

Baca juga


LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century


KUALA LUMPUR – Lembaga Penapis Filem (LPF) mengarahkan pihak Astro meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri The Magnificent Century yang ditayangkan di Astro Maya HD dan Astro Prima tersebut.

LPF dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan aduan orang ramai berhubung drama mengenai empayar uthmaniyah tersebut didakwa mengandungi adegan-adegan kurang sesuai dalam konteks masyarakat Islam.

“Berdasarkan aduan orang awam, LPF telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Astro pada 29 Mei lalu. Perbincangan tersebut turut dihadiri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam.

“LPF telah mengarahkan supaya Astro mengambil tindakan segera untuk meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri tersebut dengan mengambil kira aduan orang awam berhubung drama bersiri tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Orang ramai terutama beragama Islam mengecam Astro kerana menayangkan drama Magnificent Century yang dilihat menghina Islam, memaparkan adegan lucah dan fitnah keatas Sejarah Uthmaniyah.

Drama bersiri tersebut mengisahkan pergolakan istana semasa pemerintahan Sultan Sulaiman pada zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah, Turki di abad ke-16.

Astro melaksanakan tapisan sendiri ke atas semua kandungan yang ditayangkan di saluran televisyennya yang bermakna semua kandungan yang disiarkan Astro ditapis oleh stesen TV tersebut sendiri tanpa melalui tapisan LPF. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century

Sekianlah artikel LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LPF Arah Astro Teliti Semula Drama Magnificent Century dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lpf-arah-astro-teliti-semula-drama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :