link : Luahan Sulung Kepada Adikadik
Luahan Sulung Kepada Adikadik
Assalamualaikum..
Aku terpanggil nak cerita pasal adik-beradik memandangkan sekarang ni musim raya dan musim budak-budak masuk uni/kolej/asasi dll.
Ni latar belakang keluarga aku secara ringkas. Aku anak sulung dan sudah bekerja baru beberapa tahun dan baru berkahwin. Aku ada 5 adik-beradik termasuk aku. Adik selepas aku (anak kedua) baru nak masuk uni. Yang ketiga baru nak masuk asasi. Yang keempat dan kelima masih bersekolah. Ayah aku dah bersara tapi sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menyara kehidupan, bukan terbongkang mengopi je. Mak aku masih bekerja sebagai kerani.
Maka, dengan keadaan adik-adik yang masih bersekolah dan 2 orang nak masuk IPT, mereka memang memerlukan bantuan kewangan untuk pelbagai perkara. Ayah dan mak aku masih boleh menyara mereka tapi aku tak sampai hati nak biarkan ibu bapa aku menyara semuanya memandangkan aku dah bekerja dan aku rasa aku ada tanggungjawab terhadap keluarga.
Setiap bulan aku akan hulurkan seberapa mana yang aku termampu kepada keluarga aku. Tidak banyak tapi itu saja yang aku mampu setelah ditolak duit perbelanjaan bulanan (kereta, rumah, bil, makan, PTPTN, ada yang share dengan husband) dan duit simpanan kecemasan. Gaji pun biasa-biasa saja. Duduk di bandar besar pula tu.
Disebabkan faktor kerja aku, kadang-kala aku terpaksa mendahulukan duit simpanan aku untuk perbelanjaan kerja dan dihujung bulan aku akan claim duit yang aku keluarkan tersebut. 1-2 bulan baru duit claim akan dibayar balik oleh company aku. Tetapi agak sukar juga sebab setiap bulan duit yang aku terpaksa keluarkan atas faktor pekerjaan agak tidak menentu, so cashflow aku memang agak lari dan tidak tetap tiap-tiap bulan. Itu juga sebabnya kenapa agak penting aku ada simpanan kecemasan sebab tak tahu bila nak guna duit banyak atau sikit. Kerja aku juga memang memerlukan aku memandu, so memang dah susah nak jimat disitu.
Berbalik kepada keluarga aku, kadang-kala aku merasa tertekan dengan expectation mereka. Aku dapat merasakan perbezaan antara didikan aku dengan adik-adik aku. Aku dididik untuk sentiasa mengalah terutamanya dengan adik-adik aku dan saudara-mara dan aku juga diajar agar tidak meminta-minta. Cuba untuk usaha dapatkan sendiri. Aku juga hanya akan dapat hadiah kalau keputusan pelajaran aku memberangsangkan. Lain-lain dari itu kalau aku nak minta mak ayah aku belikan aku apa-apa macam handphone, travel, topup, duit belanja lebih untuk suka-suka memang tak dapat. Kena bagi reason yang kukuh baru dapat.
Tapi adik-adik sejak mereka kecil sudah dapat handphone, laptop, duit belanja jalan-jalan. kalau tak cukup, mak ayah aku akan cakap, Pergilah minta kak long topup sikit. Sedangkan aku masih belajar masa itu dan sekarang baru je bekerja. gaji pun berapa je.
Bukan aku taknak belanja adik-adik. Bukan aku nak berkira. Tapi kalau benda yang perlu contohnya macam hal pelajaran nak beli buku, pergi travel sebab wakil sekolah/daerah/negeri ke, duit nak pakai daftar asrama/sekolah ke, atau apa-apa hal yang bukan lagho, aku okay lah. Nampak jugak hasil.
Tapi kalau setakat nak travel suka-suka dengan kawan-kawan, nak makan sedap-sedap sampai duit poket yang aku dan mak ayah bagi pun tak cukup, aku agak berkiralah.
Aku dan husband sendiri baru nak merangkak bina hidup. Nak makan sedap-sedap pun fikir berpuluh kali. Boleh kira kadang-kala 2-3 kali sebulan je dapat makan sedap. Contohnya KFC or McD or cafe. Sekadar nak mencuba. Kami pun dah bekerja. Apa salahnya puaskan perut sendiri sekali sekala kan. Lain hari makan bercatu berapa ringgit sehari atau masak je sekarang ni.
Sedangkan adik-adik aku boleh makan sedap-sedap, jalan-jalan, shopping, beli handphone baru lagi sebab ada kak long dorang ni ha dan mak ayah tolong support. Itu pun kalau aku tak nak hulur sebab alasan dorang tu aku tak boleh nak terima, dorang kata aku berkira, tak reti nak berkongsi dan sebagainya dan mulalah mengungkit. Aduhaku terluka, tahu.
Kak long ni pun guna handphone yang dah bertahun-tahun. Dah lag pun masih guna sebab taknak membazir. Adik-adik ni telefon baru pakai 2-3 tahun dah nak tukar. Padahal tak kerja lagi (ada sorang la yang buat kerja part time sementara dapat tawaran kolej). Business pun tak. Apatah lagi jadi instafamous yang orang nak sponsor hahahah
Kan bagus kalau duit yang kak long dan mak ayah bagi tu simpan untuk masa nak lanjutkan pelajran. Maka takdelah rasa terbeban sangat dan meminta-minta bantuan orang.
Kak long dulu pun beli baju baru setahun sekali je masa sekolah dik. Masa kat uni pun kerja part time. Tak mintak duit mak ayah. Ini adik-adik dah keluar ayat, Kak long support la kite nanti. Kan dah kerja. Gaji besar. Duk KL. Mesti banyak duit. Takyah la nak berkira. Adik-adik je punnnnnnnn. Panjang N dia haha
Aku taktau nak cilikan mulut adik aku masa tu atau lempang je kuat-kuat hahahah Kalaulah dia tahu tingginya belanja kat bandar ni dan hidup kau tak mengharapkan bantuan siapa-siapa.
Masa birthday pun mereka meminta-minta hadiah. tak cukup dengan belanja makan je, hadiah pun nak. Bukan nak yang murah-murah. Yang ratus-ratus ringgit tahu. Mak aku pun sama, suka nak suruh adik aku claim dengan aku. Padahal masa aku kecik dulu takde pula aku disuruh claim. Ye lah. Anak sulung. Nak Minta dengan siapa. Mak ayah je lah bawak makan kat restoran biasa.
Masa raya pun sama. Tak main duit raya RM10 dari kak long. paling kurang nak RM50. Amboi dik. Lepastu nak minta sponsor baju raya pula. Pengsan kejap.
Tapi walaupun mulut adik-adik aku camtu, dorang tak lokek menolong. Tu aku boleh puji. Dorang tak lokek menolong dari segi tenaga untuk mak ayah aku. Aku duduk jauh. Tak boleh nak bantu mak ayah. Dorang je yang ada kat rumah.
Pesanan aku, adik-adik, sedarlah yang kakak dan abang korang ni ada tanggungan dan keluarga mereka sendiri yang perlu dorang tanggung. Jangan gunakan tiket awak sebagai adik untuk nak meminta-minta dan mengungkit.
Masa kakak-abang awak ni membesar, dorang takde pun meminta-minta. Semua buat sendiri, berdikari. Tapi awak, mudahnya untuk meminta duit macam kami ni duit petik depan rumah je.
Cuba fahami situasi kami sebagai kakak-abang sulung. Kami tidak akan berkira kalau duit tu awak guna untuk benda yang perlu dan memberi hasil. Tapi kalau untuk berjoli, memang kami akan berkira, fikir dan tanya banyak kali sampai kami puas hati.
Janganlah kata yang nanti Allah akan limpahkan rezeki keatas pengorbanan kita sebagai kakak-abang. Tapi sedarlah yang tujuan apa kita meminta dan guna duit tu. Untuk kemaslahatan atau maksiat/pembaziran. Tanya soalan ini dahulu sebelum mula judge kakak-abang awak.
Kami sebagai anak sulung cuma mahu adik-adik belajar berdikari dan keluar dari kepompong selesa. Belajar jerit perih untuk mendapatkan duit walau satu sen.
Diharapkan kisah saya ini boleh dijadikan iktibar dan panduan.
Terima kasih sudi baca.
Nota sampingan : Kalau kes abang-kakak yang suka meminta-minta dan berhutang dengan adik dan mak ayah dan tak reti nak kawal belanja, yang tu memang patut dikecam hahah Mereka rare species.
Kak Long
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Luahan Sulung Kepada Adikadik
Anda sekarang membaca artikel Luahan Sulung Kepada Adikadik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/luahan-sulung-kepada-adikadik.html