link : Luka di Hati Siapa Mengerti
Luka di Hati Siapa Mengerti
Salam semua
Terima kasih jika luahan saya ini..bukan niat untuk memburukkan sesiapa..apatah lagi mengaibkan..cuma saya mencari ruang untuk melepaskan beban terpendam 10 tahun di dalam hati ke tempat yang saya tidak dikenali.
Saya seorang isteri. Kami keduanya bekerja dengan pendapatan alhamdulillah berbelas ribu seorang. Suami seorang yg baik sepanjang usia pernikahan kami. Kami tidak dikurniakan rezeki anak..namun alhamdulillah kami redha dan telah mengambil anak angkat yang kami sayang dan didik sebaiknya.
Masalah saya..suami sangat mentaati ibunya..alhamdulillah kerana beliau memang anak yang baik..namun lama kelamaan saya semakin jauh hati dan rasa terpinggir..saya sedar syurga suami pada keredhaan ibunya dan syurga saya dengan mentaati Allah dan suami. Namun saya sedih dan semakin sukar untuk meredhakan semua yang terjadi.
Bagi suami, ibu adalah segalanya, tidak boleh dibantah, tidak boleh ditegur. Kerap kali ibunya melukakan hati saya, tapi beliau akan diam sahaja..tanpa pernah membela saya..walaupun beliau sesungguhnya tahu bukan salah saya.
Pernah terjadi, sewaktu beraya ke rumah ipar, anak bermain dgn helicopter control ipar..sewaktu nak balik, suami minta anak simpan semula mainan..dan anak saya patuh..bila ada yg puji, bagus Anak ani, tak de nangis nak mainan orang..mertua yg tidak perasan saya ada di situ berkataDia nak mainan tu..tp dia takut dengan ibunya..ibunya tu garanggg..apa salah saya..saya tiada cakap apa2 pun tentang mainan tersebut..hmmm
Banyak ketika..yang kami telah plan utk pulang kampung saya, tiba2 ibu telefon dan minta suami pulang..dan plan kami dibatalkan..ada sahaja alasan..minggu ni minta belikan ubat gatal..minggu berikutnya ayah kurang sihat..minggu lainnya dah termasak banyak..pokoknya..ada sahaja alasan untuk suruh suami pulang.
Apa masakan saya kebanyakkan waktu ibu kata dia tidak suka..tidak kena pada selera beliau..jika saya masak di kampung juga acap kali tidak kena pada matanyalain kali beginiiiilain kali jangan begituuuuibu juga tanpa rasa bersalah berkata pada saudara2..anak saya hanya sayangkan ayah..anak tidak rapat dengan sayasedangkan anak memang teramat manja dengan sayabila saya beritahu suami saya terkilan diperlakukan begitu, sabarrrrsabarrrr..itulah jawapan suami..
Setiap bulan suami tanpa gagal melunaskan tanggungjawab utk ibu bapanya, duit belanja, duit baiki rumah..jika terlambat pun saya akan ingatkan beliau..tetapi nafkah saya memang sepanjang 10 tahun kami bersama..boleh dihitung dengan jari..walaupun pendapatan kami sama2 alhamdulillah..tapi saya ingin merasa saya juga sama penting seperti ibunya..saya pernah mengingatkn beliau..nafkah saya adalah wajib..tapi beliau tetap begitu..
Perbelanjaan rumah mmg kami kongsi bersama..rumah saya yang lunasi 3k setiap bulan..sekolah anak juga saya..kereta, suami dan barang dapur kami bersama..lebih banyak saya tetapi saya tidak keberatan..saya cuma teringin beliau memberikan nafkah kepada saya sebagaimana beliau berikan kepada ibunya..rm50 pun tak mengapa..saya cuma ingin rasa saya juga penting seperti ibunya..
Saya juga memakai tudung di rumah mertua..reaksi pertama yg saya dapat adalah..macam alim sangattt.. tapi sekarang alhamdulillah, biras dan seorang ipar juga telah mula memakai tudung di rumah
Bukan saya tidak berbincang dengan suami..seringkali tetapi tiada perubahan..mungkin masalah saya kecil pada pandangan org, tetapi berterusan selama 10 tahun..saya sayangkan suamisaya berusaha sayangkan mertua..tetapi saya jauh hati, tawar hati dan terkilan.
Sari Rizki
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Luka di Hati Siapa Mengerti
Anda sekarang membaca artikel Luka di Hati Siapa Mengerti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/luka-di-hati-siapa-mengerti.html