link : MAHB lantik Syed Zainol Anwar sebagai Pengerusi Baharu
MAHB lantik Syed Zainol Anwar sebagai Pengerusi Baharu
Sekarang ini, beliau merupakan Pengerusi Nestle (Malaysia) Bhd, Cahya Mata Sarawak Bhd, Malakoff Corporation Bhd, Lembaga Zakat Selangor, Pulau Indah Ventures Sdn Bhd, serta sebagai Cancelor Universiti SEGi.
MAHB dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Syed Zainol Anwar akan menggantikan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, yang telah menamatkan kontraknya sebagai Pengerusi dan Pengarah syarikat pada Selasa."Di bawah kepimpinan Wan Abdul Aziz selama lima tahun, kami telah berjaya membuat pencapaian yang signifikan, seperti pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pengambilan sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul di Turki, serta pembukaan cawangan Mitsui Outlet Park KLIA sebagai pemangkin kepada KLIA Aeropolis.
"Bimbingan dan komitmen beliau dalam lembaga pengarah juga telah membawa kumpulan ke fasa pertumbuhan dalam rancangan lima tahun perniagaan, Runway to Success 2020 (RtS2020) dan pelancaran Pelan Induk Aeropolis KLIA," katanya.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel MAHB lantik Syed Zainol Anwar sebagai Pengerusi Baharu
Anda sekarang membaca artikel MAHB lantik Syed Zainol Anwar sebagai Pengerusi Baharu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mahb-lantik-syed-zainol-anwar-sebagai.html