link : 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi
'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi
KUALA LUMPUR: "Mak tidak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad."Itu antara perbualan terakhir Datin Hanizah Ibrahim, ibu kepada Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang menjadi mangsa nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hawk 108.
Katanya, nasihat yang diberi itu langsung tidak dibalas anak bongsu kepada empat beradik tersebut.
"Saya cakap dengan dia, 'mak restu kamu jadi juruterbang, mak hendak kamu meninggal dengan satu keping, mak tak nak kamu berkecai-kecai. Mak nak satu jasad'.
"Dia (Yazmi) tidak menjawab. Itu antara perbualan terakhir kami," kata Hanizah selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham Mejar Yazmi di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini hari ini.
Hanizah turut menceritakan perbualan terakhir beliau bersama anak keempatnya itu pada Selasa lalu.
"Saya tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya. Saya ingat saya dulu (meninggal dunia). Akhir sekali dia telefon saya pada hari Selasa malam Rabu.
"Dia kata dia nak terbang ke Kuantan, sekarang dia buat latihan di Kuantan, doakan lah dia. Saya jawab, saya doakan semua, tentera darat, laut dan udara. Mak doakan untuk semua dan untuk negara.
"Saya tanya, balik raya tak? Dia kata balik Teluk Intan," jelas Hanizah.
Hanizah yang terima dengan redha pemergian Yazmi berjanji akan memastikan keenam-enam cucunya itu mendapat pendidikan yang sempurna walaupun tanpa bapa.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi
Anda sekarang membaca artikel 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mak-tak-mahu-kamu-berkecai-kecai-mak.html