link : Malaysia 5 China 1
Malaysia 5 China 1
SKUAD hoki negara menewaskan China 5-1, pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang juga kempen kelayakan Piala Dunia 2018, di London.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Malaysia mengesahkan tempat ke suku akhir dan bakal bertemu India.
Secara matematik, kejayaan ke suku akhir hampir pasti mengesahkan tempat Malaysia ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
Namun skuad negara akan layak secara merit ke Piala Dunia sekiranya berjaya menewaskan gergasi Asia itu pada aksi suku akhir yang bakal berlangsung esok.
Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley, awal pagi ini (waktu Malaysia), barisan negara di depan seawal minit kedua menerusi jaringan padang penyerang utama Faizal Saari.
Muhammad Najmi Farizal Jazlan menjadikan kedudukan 2-0, apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-12.
Pemain pertahanan, Muhammad Razie Abdul Rahim, kemudian menambah dua gol, masing-masing di m-19 dan m-27 untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 4-0.
China memperoleh gol tunggal m-43 hasil penalti stroke Du Talake tetapi pemain tengah Fitri Saari mengesahkan kemenangan Malaysia dengan menyumbang gol kelima m-51.
Berita berkaitan
• Razie buka semula laluan Piala Dunia
• Belum ada 'umphh!'
• Gagal kutip mata
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Malaysia 5 China 1
Anda sekarang membaca artikel Malaysia 5 China 1 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/malaysia-5-china-1.html