link : Masalah Teknikal Punca MH3 London-KL Tertunda
Masalah Teknikal Punca MH3 London-KL Tertunda
PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH3 dari London ke Kuala Lumpur tertunda selama sekurang-kurangnya 12 jam berikutan masalah teknikal.
Penerbangan itu sepatutnya dijadualkan berlepas pada pukul 10.25 pagi dari London pada Isnin dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.45 pagi hari berikutnya.
Menurut MAS, "bahagian yang diperlukan" tidak didapati di London dan sedang mendapatkannya dari Paris.
"Syarikat penerbangan sedang bekerjasama dengan jurutera dari British Airways bagi menyelesaikan isu ini dan akan memaklumkan para penumpang mengenai waktu perlepasan baharu secepat mungkin sebaik masalah teknikal diselesaikan," kata MAS dalam satu kenyataan pada Isnin.
MAS menjangkakan kelewatan sekurang-kurangnya 12 jam berikutan satu peraturan di Lapangan Terbang Heathrow di London dan bagi membolehkan tempoh rehat minimum untuk kru yang bertugas.
Tambah syarikat penerbangan itu, para penumpang disediakan kemudahan penginapan, dan sebahagiannya akan dipindahkan ke penerbangan MH1 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow pada pukul 9.35 malam Isnin.
"Keselamatan merupakan keutamaan Malaysia Airlines dan melahirkan rasa kesal di atas kesulitan yang dialami," menurut MAS.
Syarikat penerbangan itu meminta penumpang merujuk kepada laman web http://ift.tt/HupXxc bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai status penerbangan mereka.- mStar
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Masalah Teknikal Punca MH3 London-KL Tertunda
Sekianlah artikel Masalah Teknikal Punca MH3 London-KL Tertunda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masalah Teknikal Punca MH3 London-KL Tertunda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/masalah-teknikal-punca-mh3-london-kl.html