link : ‘Masjid Hopping’, Budaya Sempoi Bulan Ramadan
‘Masjid Hopping’, Budaya Sempoi Bulan Ramadan
BULAN Ramadan adalah bulan umat Islam mengembara ke serata alam mencari ilmu. Kalau tak pun mencari juadah berbuka ‘free’.
Masjid hopping, sempoi tapi mengena sampai ke lubuk hati paling dalam jika dihayati perjalanannya. Perjalanan mencari makan sambil diisi ilmu akhirat. Jimat duit, perut kenyang, hati tenang.
Budaya masjid hopping sudah menjadi amalan sesetengah anak muda muslim di Malaysia tanpa mengira jantina.
Mereka ibarat burung yang berterbangan ke seluruh masjid di serata tempat untuk duduk melepak, bersosial atau beribadat sambil menunggu waktu berbuka. Bukan sekadar berbuka, malah mereka juga menggunakan peluang yang ada untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Sekurang-kurangnya terisi malam mereka.
Sebulan bulan Ramadan adalah masa untuk pelajar IPT terutamanya untuk mengurangkan perbelanjaan. Bergerak dari masjid ke masjid adalah suatu perjalanan yang menarik serta menghidupkan jiwa buat mereka kerana ‘every place tells a different story’. Disamping dapat makan ‘free’, mereka juga berpeluang mendapat ilmu ‘free’ dan pahala beribadat ‘free’. Bukan satu, malah berkali-kali ganda pahala yang mereka dapat!
Jika dahulu bulan Ramadan menjadi bulan di mana kita berkumpul di Bazaar Ramadan, apa kata jika mulai sekarang kita amalkan budaya ‘masjid hopping’ yang mulai dipopularkan oleh anak-anak muda yang dahulunya amat liat untuk ke masjid.
Semoga hati-hati kita dapat sentiasa terikat dengan masjid.
#laskarmalaya
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel ‘Masjid Hopping’, Budaya Sempoi Bulan Ramadan
Anda sekarang membaca artikel ‘Masjid Hopping’, Budaya Sempoi Bulan Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/masjid-hopping-budaya-sempoi-bulan.html