Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula

Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula
link : Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula

Baca juga


Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

"Dengan ini beta merasmikan penamaan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan nama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,"  titah baginda.

Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Tengku Adnan dalam kenyataan berkata penamaan semula masjid yang dibina pada tahun 1909 dan merupakan satu daripada bangunan ikonik di ibu negara itu adalah atas hasrat Sultan Selangor sendiri memandangkan lokasi asal masjid ini adalah di dalam negeri Selangor.

Katanya, langkah ini juga adalah suatu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang merupakan satu daripada ikon pelancongan negara.

Masjid Jamek Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak asalnya dibina pada 1909 oleh pedagang Islam dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, di sini pada zaman penjajahan British.

Antara masjid tertua di Kuala Lumpur, pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum itu bertugas di Jabatan Kerja Awam di India, sekali gus masjid itu bercirikan seni bina Monghul dan berdasarkan reka bentuk sebuah masjid di India Utara.

Masjid Jamek berkenaan adalah masjid utama untuk solat Jumaat dan pusat kegiatan Islam sehingga pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula

Sekianlah artikel Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masjid Jamek Kuala Lumpur dinamakan semula dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/masjid-jamek-kuala-lumpur-dinamakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :