link : Mawi Lega Hidupnya Kini Lebih Bebas
Mawi Lega Hidupnya Kini Lebih Bebas
Selepas sudah tidak lagi menjadi kegilaan, sudah juga tidak terlalu padat dengan undangan nyanyian, Mawi yang memiliki produksi di bawah label MW Entertainment, memberi tumpuan menghasilkan banyak program bersifat kerohanian dan beberapa produk komedi.
Memetik laporan Kosmo!, pelantun lagu Aduh Saleha ini berkata, walaupun berada dalam dunia hiburan namun melalui naskhah komedi dan kerohanian, beliau meraih peluang berdakwah buat masyarakat umum.
“Saya fikir setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan sesuatu perkara. Saya mahu menjadikan naskhah-naskhah yang diterbitkan oleh MW Entertainment sebagai produk yang mampu memberi manfaat kepada semua.
“Sebagai contoh, setiap naskhah yang dihasilkan memberi fokus untuk menarik perhatian generasi muda untuk belajar tentang Islam daripada karya tersebut walaupun ia sekadar cerita-cerita lawak.
“Saya mahu berdakwah secara santai supaya ia mudah diterima oleh semua orang,” ujarnya yang sememangnya diketahui umum memiliki pengetahuan agama yang luas sejak menyertai AF tidak lama dahulu.
Mengenai kehidupannya kini, Mawi berkata dia sentiasa berdoa agar mendapat ketenangan dan kebahagiaab di samping isteri Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 38, dan anak mereka, Cahaya Malaika, 5.
“Saya pernah berdoa kepada Allah agar kembalikan semula hidup saya yang normal seperti sebelum zaman AF kerana saya sudah tidak tahan hidup diperhatikan peminat tanpa henti.
“Aura Mawi World mengambil masa tiga tahun untuk surut dan sekarang saya lega apabila Tuhan makbulkan doa saya untuk hidup seperti orang biasa serta bebas ke sana sini,” katanya.
The post Mawi Lega Hidupnya Kini Lebih Bebas appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Mawi Lega Hidupnya Kini Lebih Bebas
Anda sekarang membaca artikel Mawi Lega Hidupnya Kini Lebih Bebas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mawi-lega-hidupnya-kini-lebih-bebas.html