Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’

Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’
link : Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’

Baca juga


Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’

SEJAK dilancarkan pada Ahad lalu, iklan hari raya terbitan Pelaburan Mara Berhad (Pelaburan Mara) mendapat perhatian netizen yang memberi komen positif.

Filem pendek berjudul Ikhlas  yang membariskan pelakon-pelakon popular itu dikatakan terlalu sedih sehingga ada yang tidak sanggup untuk menontonnya sehingga penghujung.

Antara pelakon terlibat ialah Datuk Rahim Razali, Azizah Mahzan, Faizal Hussein, Fadzillah Mansor, Fauziah Ahmad Daud, Wan Hanafi Su, Umie Aida dan Que Haidar.

Video berdurasi 7 minit 55 saat itu turut memuatkan lagu berjudul Ayah, nyanyian Azmi Caliph Buskers, manakala lirik dan lagu dihasilkan oleh Edry KRU.

Ada juga netizen yang menyamakan kisah tersebut seperti kemalangan di Lebuh Raya Duke yang pernah tular suatu ketika dahulu.
Antara komen yang ditulis netizen pada video berkenaan.

@Adila Amriyatun memang banyak terjadi kes macam ni…anak-anak simpati taknak dijaga..tapi harta si mati, adik-beradik berebut, ikut faraid katanya, sedangkan harta faraid itu hanya diamanahkan kepada diorang untuk kegunaan anak-anak arwah.

@Zati Hamzah Sekali jelah tengok video ni, meleleh air mata. Selamatkanlah semua yang pulang ke kampung halaman.

@Zaid Zolkipli Alhamdulillah, iklan yang baik. Walaupun sedih, tapi kesan dari iklan ni, ramai yang terus call mak ayah. Dari sibuk bekerja, terus sebak teringat orang tua di kampung. Lagi membara semangat untuk balik beraya di kampung dan bergembira bersama orang tua, selagi hayat mereka masih ada.

@Hasmida Yusoff Memang sedih… walaupun cuma iklan tapi kalau kita ada mengikuti kisah-kisah benar yang seakan cerita ni, memang akan keluar air mata.
Filem pendek ini memaparkan seorang bapa saudara yang ikhlas ingin membantu arwah abang dan kakak iparnya untuk menjaga anak mereka setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian.

Kemalangan tersebut berlaku semasa abang dan kakak iparnya dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya bersama tiga anak yang masih kecil, sementara empat anak mereka yang lain pulang ke kampung menaiki bas, kerana ruang yang terhad di dalam kereta.

Ahli keluarga yang lain tidak sanggup menjaga empat beradik ini dengan memberikan pelbagai alasan.

The post Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’

Sekianlah artikel Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menitis Air Mata Kerana ‘Ikhlas’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/menitis-air-mata-kerana-ikhlas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :