link : Mental Terganggu Kerana Keluarga
Mental Terganggu Kerana Keluarga
Assalamualaikum , aku terdetik nak share satu story , yang mana aku rasa masih wujud family ni dalam malaysia, and obviously yes, aku salah seorang mangsa tekanan dalam situasi macam ni .
Nama aku mardi, orang panggil D. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Nak kata kaya pun tidak, daif pun tidak .
Aku berstatus lepasan SPM . Kira tahun ni, aku amek form 6 je . Aku tolak tawaran asasi and poli atas satu sebab . Sebab yang akan aku cerita bawah ni . Sebab yang tak boleh nak dielak . Dan sebab ni jugak lah aku terpaksa menipu tentang kehidupan aku dekat kawan kawan aku.. mungkin juga cikgu cikgu aku . Semua ingat aku ni happy go lucky sebab aku banyak gelak.. dan juga ketawa.. hehehee.
Kisah dimulakan, sejak aku kecil, aku dibesarkan dlm keluarga yang garang , complicated atau istilah lainnya, hidup segan mati tak mati mati . Ayah aku kerja biasa, bukan kerja kerajaan . Kiranya, gaji pun tak tetap .
Mak aku pulak, suri rumah biase . Berhenti kerja semenjak kahwin dgn ayah aku.
Aku ada sorang abang. Tapi abang aku dah kahwin, and malangnya dia tak tinggal dengan family aku . So apa apa yg berlaku dlm rumah, abg aku langsung tak tahu menahu and aku pun rasa mcm tak layak nak story dekat dia sbb dia pun ada komitmen lain . And aku rase die pun tkde mase nak dgr cite pasal adik dia ni .
Aku dibesarkan dalam keadaan yang tegang and penuh konflik. Ayah aku tak nampak benda lain dalam dunia ni except MONEY . Duit duit dan duit . Kalau duit tak cukup , baran satu rumah . Tempik sana tempik sini . ( fyi ayah aku bukan orginally from msia ) . Sedangkan aku mintak duit buku pun dia merungut. Biasala, adat form 6, kejap kejap kena bayar duit buku ,yuran, pibg dan sebagainya .
Sampai terkadang tu , ayah aku boleh duk kata dia nak bagi duit dalam 3 or 4 hari lg sedangkan aku memerlukan duit tu pada esok hari. Kalau duit tu betul betul tkde, takpelah, aku fham . Tapi ni, duit memang ada , cuma dia je yang tanak bagi . Sebab apa?! Sebab nak kumpulkan duit , salur dekat family yg ada dekat luar msia. Segala hasil pekerjaan dia dekat msia ni, 20% je dia belanje kan kt dlm rumah ni .
Baju aku berjalan ke, baju mak aku ke, seluar dalam ke , make up ke , jangan tanye lah die beli ke tak . Pesiapan raya tahun ni pun , bajet rm270 je. Tu pun untuk BAJU RAYA 2 PASANG ( mak aku n aku ) , TUDUNG 2 PASANG . Kasut ? Kuih raye ? Bahan2 masak rendang ? Simpan dalam tong sampah je la hasrat tu sume . Memang betul betul kedekut !! Nak taknak, aku bersyukur la, sbb hasil duit pengumpulan aku, aku lepas jugak beli baju raya kedua mak aku even aku tak bekerja.
Abang aku ? Takyah cite la. Dia dh ada family baru dia sejak dia kahwin ni . Apa yg jadi dlm rumah ni , lgsg tak pernah tanya . Duit ? Aku tktau la dia hulur kt mak ke tak . Raya ni ? Ade dia call mak aku tanya itu ini apa sume ? Entahla .
Satu aku nak pesan buat pembaca yg berjantina pure lelaki ni , kalau dah kahwin, tanggungjawab kt mak kau jgn lupe . Kalau tak mampu bagi duit, at least CALL ! Tanye khabar bagi sedap hati sikit. Kau dah tahu mak kau hidup dengan lelaki yg menyeksakan , patutnye kau lebih pentingkan mak kau . Isteri kau tu jatuh no 2 tau . Nombor duee!! Tak kisahla kau duduk argentina ke perlis ke sabah ke, jangan terus buang keluarga sendiri . Mentang mentang keluarga isteri kau lebih bahagia, darah kandung sendiri pulak kau lupakan .
Okay then , mak aku pulak . Mulut mak aku ni kekadang membengangkan aku . Dia bukan jenis laser , tapi sebagai seorang mak, mmg standard la ada bab2 nak bagi sentap sikit . Tapi mak aku ni la yg banyak tolong utk bahagiakan aku wlaupun dia cume seorang suri rumah or kuli kepada ayah aku yang takde pendapatan langsung . RM 0 . Mak aku ni la yg tolong backup duit belanja buku aku, duit rombongan sekolah, duit beli baju raya , duit beli kuih raya , duit beli makanan .. sume tu guna duit mak aku .
Kalau ade yang aku mintak kt mak aku , in shaa allah 92% mak aku tunaikan walaupun dia terpaksa hadap caci maki ayah aku . Contoh cacian dia ENGKAU (mak aku ) DENGAN MAK KAU (nenek aku) MEMANG KETURUNAN PELACUR ! , BABI PUNYA PEREMPUAN , JANGAN SAMPAI AKU HALAU KAU . kau bayangkan , mak aku tak pernah tau mintak belikan emas ke , baju ke , even bra pun mak aku tak pernah mintak kat ayah aku . Tapi mak aku sanggup tebalkan muka dia dekat ayah aku semata mata demi aku . Ayah aku tu, solat 5 waktu, dahi lekat kat sjadah tapi perangai ? Nauzubillah
Mesti korang tertanya tanya en mana mak aku dapat duit ? Yela mak aku dah la tak kerje , lepastu anak lelaki dia pulak mana ada bank in kan duit .
Sebenarnya , mak aku cilok duit ayah aku . Ada yang RM 2, RM 10, RM50 pun ada..
Tapi bagi aku , benda tu tak salah . Aku galakkan je mak aku cilok duit ayah aku tu , sebab ayah aku langsung tak bagi nafkah duit ! Tiap tiap bulan tak bagi duit langsung ! Dah 18 tahun kahwin , kosong gitu je. Lepastu tak belikan apa apa barang ! Nak mintak duit kt dia dah la susah!! BRIM mak aku pun ayah aku rembat separuh ! Dah la mak aku tak keje . Ayah aku tu pulak bekerja . Patutke ?! So the best solution is , mak aku amek duit ayah aku senyap senyap and bagi aku pakai duit tu utk beli keperluan aku .
And ada 1 malam tu , mak aku terkantoi curi duit ayah . Dlm kul 8 mcm tu . Aku igt malam tu bertekak biase je , rupa rupa nya dlm kul 1 @ 2 pg tu , kepala mak aku dihayun ke dinding sekuat yg boleh , 2 ,3 kali plak tu . SAPE BUAT ? jantan bodoh tu la sape lagi ?! Punca tu semua sbb mak aku terkantoi curi duit ayah aku. Sayang, mungkin Allah pekakkan telinga aku time tidur biar aku tak dengar apa yg dh jadi malam tu . Mungkin kalau aku dengar , aku terus capai pisau , bunuh terus bapak aku mase tu .
Time puasa macam ni , apa yg buat hati aku berdarah.. haritu nak pergi beli baju raye , baju yg aku pilih tu rm250.. baju mak aku rm 130.. total semua 380.. ayah aku membebel dlm kedai pakaian tu. Malu weyh orang sume pandang . Lepastu ayah aku salahkan mak aku sbb mahal . Okay fine , aku pergi belakang kedai ( tempat fitting room ) , aku terus capai baju kurung rm 125 , tukar baju yang mahal tadi.. so total semua RM255 . Baru bapak aku slow sikit.. mak aku pun paham dengan tindakan aku sampaikan mak aku makan hati waktu tu dgn ayah aku
Lepas cari baju , confirm la en nak cari tudung ? Okay directly mak aku bawak ayah aku pergi kedai tudung . Aku terus spot tudung mak aku . Mak aku ni jenis pakai tudung lelabuh . So harga tudung tu Rm48 . Wah, dlm hati aku kacau.. rm48 ni confirm2 ayah aku bebell and kemungkinan besar, dia akan malukan mak aku lagi . So cara yg slamat, aku beli je shawl keknis rm8 tu . So total utk dua tudung are rm 56 . Aku igt , ayah aku lega la sikit nk bayar tu sbb murah .
SEKALINYE , MIMPI LAAAAAA NAK LEGA . makin dikutuknye adela. Siap dia kata KAU ( mak aku )PUNYE KERJA BETUL BETUL NAK HABISKAN DUIT AKU RM300 allah , aku nak cakap apa lagi , mak aku tunduk je muke weyh . Cite pasal kasut , kuih raya , takyahcite la.. mmg takkan dibelinye .
Mak aku bertahan kahwin dgn ayah aku ni sbb mak aku tak mampu nak tanggung aku . Aku ni dikategorikan sbg budak yg nak sambung belajar ke menara gading so mmg mak aku x mampu nak tanggung tu sume . Anak lelaki mak pun , dah larikan diri jauh dari syurga dia , so mak aku dh hilang tempat bergantung .
Sebab tu aku decided utk stay je form 6 sbb hati aku tak tenang kalau mak aku tinggal berdua je dgn ayah . Tak memasal, tiap tiap hari mak aku kena suap makian , lempang , pukimak penerajang semua keluar . Ada 1 hari tu , aku memang tekad , kalau ayah aku memekak menempik mak aku masa tu , memang kaki aku hinggap kt muka ayah aku, kot aku bunuh ayah aku pun tkpe masa tu . Ade ke patut dia nak halau mak aku sbb mak aku mintak duit repair paip air ? Minta rm60 je utk baiki paip tu.. itupun sampai nak halau mak aku keluar rumah ? BIADAB !
Walaupun hati aku berdarah tatkala tengok whatsapp status member aku tengah proceed bljar addmath , ada yg dh jejak alam U , tapi takpelah .. aku lebih sanggup ulang alik sekolah tengok mak aku sbb waktu aku form 4 and form 5 pun , mak aku yg naikkan semangat belajar aku. Aku stress dgn ayah masa tu . Sampai jarang pergi sekolah . Effect dia , aku selalu sgt demam , smgat takde , tak nampak apa kepentingannya nak ke sekolah masa tu .
Saat member member lain tengah mempertikaikan kehadiran sekolah aku yang teruk, mak je la tempat aku bermanja , dapatkan kasih sayang. Takde istilah sayang bapak dah dalam hidup aku . Bapak yang cari and bagi makan je tak cukup kalau tak ikhlas, mengungkit , mulut tak pernah nak jaga, tak pernah makan semeja , tak pernah sedondon bila raya. Duit takde makna weyh . So bersyukur la korang ada keluarga yg lengkap .
Lengkap mcm mana ? Ada mak and ayah yang caring . Tak kisah jugak kalau korang anak yatim , cuma ada ayah or ibu je ke , kalau diorg dapat gelak tawa dengan korang tanpa berkira , hargailah . Ada keluarga yang sempurna di mata , contohnya ayah n mak masih hidup , pun tak guna weyh kalau langsung tak faham keluarga sendiri . Serik weyh duduk dgn parents yg pentingkan duit ni.
Kalau duit tu dia perabis kt family sini takpela jugak.. tapi ni , hantar duit tu luar negara, bagi bini pertama duit2, kekayaan . Bini kedua ni , anak ni ? Buat mcm kuli . Kuli utk masakkan makanan kau , gosok baju kau . Bagi kau , sekadar ada tempat berteduh and bagi makan , tu dah terlalu cukup utk aku n mak aku .. huhuju..
Kepada lelaki mahupun wanita , Elakkan la diri anda daripada bersikap sebegini . Saya , as a student , yang ada hati and perasaan , yang masih nak guna akal ni memerlukan keadaan yg postif utk terus kembangkan kemampuan saya . Aku hadap benda ni sejak aku sekolah rendah lagi , aku terseksa . Hati aku sakit . Ada ayah mcm ni . Terima kasih sebab baca confession ni . At least , aku doa ada yang bukak mata nanti .
Aku harap , ada yang doakan kebahagiaan and keselamatan aku in the future. Doakan kejayaan aku satu hari nanti.. aku nak bawak mak aku pergi jejauh drpd ayah and abg aku yg tak bertanggungjawab, yg tak ambil berat psal kami berdua . Tolong doakan kejayaan 4 flat aku utk final tahun depan . Tolong dan tolong..
Sekian ,
Tolong buka pintu minda dan pintu hati anda.
Hentikan penderaan mental 🙂
MARDINA
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Mental Terganggu Kerana Keluarga
Anda sekarang membaca artikel Mental Terganggu Kerana Keluarga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mental-terganggu-kerana-keluarga.html