link : MILIK SIAPAKAH SEKUJUR TUBUH INI?
MILIK SIAPAKAH SEKUJUR TUBUH INI?
Lepas ni, aku tak akan beritahu!
Di hospital aku, doktor rehab akan oncall selama seminggu—7 hari berturut-turut. Biasanya, jika aku oncall, aku lah orang terakhir akan berada di jabatan. Aku akan berada di jabatan hingga jam 9 malam untuk siapkan kerja.
Macam aku beritahu sebelum ini, sambil siapkan kerja, aku akan pasang audio naratif kisah seram di Youtube. Itu ritual oncall aku.
Hari Isnin lepas pun samalah. Bila dah jam 9 malam, aku berhenti buat kerja, tutup Youtube, kemudian buat satu lagi ritual yang akan lakukan setiap kali sebelum meninggalkan jabatan, iaitu…
ke tandas dan kosongkan pundi kencing. Haha.
Selepas aku tutup komputer, aku pun masuk ke tandas kakitangan di Jabatan Perubatan Rehabilitasi. Semasa aku nak masuk ke dalam kubikel, perasan macam ada sesuatu yang janggal berada di dalam tempat persalinan.
Tempat persalinan ini agak terlindung. Ye lah, nama pun tempat persalinan, mestilah terlindung kan? Tak kan lah nak terbuka terpampang.
Aku perasan macam ada susuk tubuh seseorang berbaring dibangku. Tempat tu gelap. Jadi aku buka lampu. TERKEJUT aku bila nampak apa atas bangku!
Ada susuk tubuh manusia berbaring diselimuti kain putih.
Berderau darah. Bulu roma bula remang. Hampir terlolos air yang diempang dalam pundi kencing. Aku boleh dengar degupan jantung aku sendiri. Meledak-ledak dalam sangkar rusuk.
Aku perhati teliti susuk itu. Manusia ke apa tu? Kalau manusia, siapa pula yang tidur di sini. Malam-malam jabatan ni akan dikunci. Kalau bukan manusia, apa pula benda tu?
“Assalamualaikum” aku beri salam.
Sunyi. Tiada jawapan. Malah tiada pergerakan. Aku beri salam sekali lagi. Juga hambar. Aku atur nafas. Cemas beransur beredar. Rasional kembali bertandang.
Sebagai seorang doktor, aku bimbang kalau itu staff yang tertidur, atau lebih malang, pengsan. Lagipun aku yang akan kunci jabatan ini nanti. Maka jadi tanggungjawab aku untuk pasti tiada siapa yang terkunci di dalam jabatan sepanjang malam.
Aku beranikan diri. Aku beri salam untuk kali ketiga. Tiada jawapan. Aku nekad. Perlahan-lahan aku hampiri susuk tubuh dikelubung kain putih itu. Apabila sudah dekat, seribu kali aku fikir sama ada nak sentuh atau tidak tubuh itu.
“Apa nak jadi, jadilah…” getus hatiku sebelum aku menyentuh susuk itu pada bahagian yang aku fikirkan tangannya.
Bila tangan aku bersentuh dengan jasad berkenaan, sensori aku menjadi keliru. Jasad itu lembut. Ranap dalam genggaman aku. Pantas aku menarik balik tangan aku.
Jasad itu pegun. Tiada reaksi. Aku tunggu dan lihat. Tunggu sehingga aku rasa memang ia tidak akan bergerak. Setelah itu aku ambil keputusan berani mati. Aku akan buka kain kelubung susuk itu.
Aku mendekatinya, dan dengan sekali rentap kain itu berkibar di udara. Putih. Apa yang dibawah kain putih itu adalah beberapa gulung selimut dan tuala putih. Ia sengaja digulung dan disusun agar membentuk susuk tubuh manusia.
Siot! Tak guna!
Ini mesti kerja staf-staf hospital yang baca status aku tentang pontianak obese tu. Dalam status itu aku ada beritahu aku oncall minggu ni. Apabila dia orang tahu aku oncall, maka dia orang letakkan benda ini di bilik persalinan rehab untuk takutkan aku.
Dah lah! Lepas ni aku tak akan beritahu bila aku oncall!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Penulis kisah seram yang dianiaya
Nota: kalau suka kisah seram, kau follow aku. Jangan pedajal aku! Aduh!
The post MILIK SIAPAKAH SEKUJUR TUBUH INI? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel MILIK SIAPAKAH SEKUJUR TUBUH INI?
Anda sekarang membaca artikel MILIK SIAPAKAH SEKUJUR TUBUH INI? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/milik-siapakah-sekujur-tubuh-ini.html