link : MPP Lulus Usul Banteras Semua Kegiatan Haram
MPP Lulus Usul Banteras Semua Kegiatan Haram
KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata usul mengharamkan segala operasi perniagaan haram termasuk aktiviti perjudian mesin ikan telah diluluskan.
Menurutnya, usul tersebut dipersetujui pada mesyuarat penuh khas MPP semalam selepas mesin ikan disahkan sebagai aktiviti perjudian oleh polis.
“Memandangkan mesin ikan telah disah sebagai aktiviti perjudian berikutan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dan Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhassan, ahli majlis dan saya telah meluluskan satu usul semasa mesyuarat penuh khas MPP hari ini (semalam).
“Usul itu, untuk mengharam segala operasi perniagaan haram dalam bidang kuasa MPP,” katanya pada sidang media di MPP dekat sini semalam.
Memetik laporan Utusan Borneo, Lo berkata MPP memerlukan bantuan polis untuk menangkap pihak yang didapati melanggar undang-undang atau menggalakkan perjudian haram di kawasan Padawan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang menyeru agar polis melakukan serbuan dan menutup semua operasi melibatkan aktiviti mesin ikan dalam kawasan MPP.
“MPP akan memberi kerjasama rapat untuk membanteras operasi mesin ikan ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, aktiviti perjudian haram di kawasan Padawan agak buruk kerana ia telah menimbulkan banyak sentimen negatif dalam kalangan masyarakat di kawasan itu.
Menurutnya, dari luaran mungkin masyarakat menganggap aktiviti perjudian masalah sosial yang dapat diatasi dengan mudah, namun hakikatnya ia isu sangat rumit, tidak jelas malah melibatkan pihak-pihak tertentu.
“Saya terpaksa berani dan meletakkan diri dalam risiko untuk menyelesaikan situasi ini sebaik mungkin, menghentikannya sama sekali dan selamanya.
“Oleh sebab itu, saya tidak suka apabila Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak) membuat kenyataan negatif yang menimbulkan salah faham antara saya, MPP dan polis... Hubungan MPP dengan polis sangat baik,” ujarnya. – Sarawakiana
Demikianlah Artikel MPP Lulus Usul Banteras Semua Kegiatan Haram
Sekianlah artikel MPP Lulus Usul Banteras Semua Kegiatan Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MPP Lulus Usul Banteras Semua Kegiatan Haram dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mpp-lulus-usul-banteras-semua-kegiatan.html