MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus

MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus
link : MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus

Baca juga


MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus

SEPANG: Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang kini 99 peratus siap dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengikut jadual pada 17 Julai ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata laluan sepanjang 31km itu kini dalam proses pelbagai ujian dan fasa kedua itu akan melengkapkan operasi laluan MRT Sungai-Buloh-Kajang sepanjang 51km.

Fasa 1 MRT sepanjang 20km dari Sungai Buloh-Semantan mula beroperasi Disember lepas.

Katanya, ujian ini perlu dijalankan bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmatan dilancarkan.

"Kalau kita lihat tren sudah sampai ke Kajang.., itu adalah proses pengujian," katanya kepada pemberita pada majlis penghantaran 49 Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),di sini hari Ini.

Mengulas projek Rel Transit Ringan (LRT) Line 3 (LRT3) dari Bandar Utama di sini ke Johan Setia, Klang, Azmi berkata tender utama akan diberikan bulan depan dan projek bernilai RM9 bilion itu dijadual siap pada Ogos 2020.

Mengenai status bidaan pengangkutan awam di Indonesia dan India, Azmi tanpa mengulas lanjut, memaklumkan Prasarana sedang bekerjasama untuk melatih pekerja dengan Jakarta MRT dan LRT melatih pekerja untuk Malaysia-Indonesia.

Syarikat itu kini dalam proses pembidaan atau rundingan awal dengan tiga pasaran luar iaitu Brunei, Indonesia dan India bagi menjadi operator dalam pelbagai sistem pengangkutan awam.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus

Sekianlah artikel MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mrt-fasa-2-semantan-kajang-siap-99_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :