link : Muhyiddin Disaman RM10 juta
Muhyiddin Disaman RM10 juta
Foto: BNBBC |
Bekas ketua aktivis PPBM, Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin sudah memfailkan saman fitnah terhadap presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Peguam kepada Anas, Hazwan Mohd Nor berkata saman itu di failkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hazwan juga mengesahkan Anas menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.
Sementara itu Anas menegaskan, beliau kecewa dituduh menjadi ahli PKR oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Fitnah ini telah memberi kesan ke atas saya dan masyarakat. Ada yang menuduh saya menjadi lalang dan tupai.
“Saya amat kecewa kerana selepas bersama UMNO selama 30 tahun dan berkorban apabila menyertai PPBM. Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan PKR, bagaimana beliau boleh menuduh saya sebagai ahli PKR?,” tambah Anas di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Selasa. - BNBBC News
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Muhyiddin Disaman RM10 juta
Sekianlah artikel Muhyiddin Disaman RM10 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Disaman RM10 juta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/muhyiddin-disaman-rm10-juta.html